KUALA LUMPUR:Pengakuan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dinilai dengan lebih berhati-hati.
Memetik laporan FMT, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang merupakan salah seorang pasukan guaman Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kenyataan itu tidak boleh diterima 'bulat-bulat'.
"Pastinya dia (Jho Low) akan bercakap apa sahaja yang boleh menyelamatkan dirinya. Kenyataan yang bertujuan menyelamatkan diri ini tidak boleh diterima bulat-bulat," lapor FMT.
Katanya, penting untuk melihat konteks kenyataan Jho Low secara menyeluruh, di mana dia bukan sahaja mengaku melakukan kesalahan tetapi juga cuba membuat perjanjian dengan pentadbiran Pakatan Harapan bagi mengelak daripada didakwa.
Menurut laporan itu lagi, Farhan menegaskan bahawa pihaknya kekal dengan pendirian iaitu untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dan berdepan dengan mahkamah.
"Kita tengok jika apa yang akan dikatakannya selari dengan pemeriksaan balas," kata Farhan seperti dilaporkan FMT.
Jho Low yang dilabel umum sebagai 'mastermind' dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Rakaman pengakuan itu dibuatnya yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.
Dokumentari bertajuk 'Jho Low - Hunt for a Fugitive' yang berdurasi selama sejam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan Malaysia antara Mei hingga November 2018.
Tegas Jho Low, dia hanya meminjam wang berbilion dolar berkenaan daripada 1MDB untuk dirinya.
BACA: Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
BACA: Kalau tidak bersalah kenapa takut pulang, soal KPN kepada Jho Low
Astro Awani
Tue Nov 17 2020

Farhan menegaskan bahawa pihaknya kekal dengan pendirian iaitu untuk membawa Jho Low (gambar) kembali ke Malaysia dan berdepan dengan mahkamah. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.