LONDON: Kepala empat ekor anak rubah tersangkut di lubang tengah roda kereta lama untuk tempoh beberapa hari di London, kata sebuah badan amal haiwan baru-baru ini.
Difahamkan insiden sama juga sudah dilaporkan beberapa kali berlaku sejak empat minggu lalu.
Seorang pegawai Penyelamat Haiwan Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA), Nick Jonas berkata, sejak sebulan lalu, pasukannya sibuk menyelamat dan mengeluarkan kepala anak-anak rubah dari lubang roda kereta.
Pegawai RSPCA telah dipanggil untuk dua insiden terbaharu yang berlaku dalam masa seminggu di sebuah garaj pembaikan kereta di Bethnal Green, timur London pada 10 Mei dan di Taman Newham yang berdekatan lima hari sebelumnya.
Dalam kerja-kerja menyelamat yang sukar pada 9 Mei lalu, rakan sekerja Jonas, Lee Rickets bekerjasama dengan pasukan bomba London di Haringey, utara London, untuk membebaskan anak rubah yang ketiga.
Seekor lagi anak rubah dan merupakan haiwan yang keempat berjaya diselamatkan di Orpington, tenggara London, pada 22 April.
Pegawai RSPCA percaya haiwan itu sedang mencari makanan ketika kepala haiwan berkenaan tersangkut pada lubang roda kenderaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu May 19 2022
Kepala seekor anak rubah tersangkut pada lubang sebuah roda kenderaan di London baru-baru ini. - Foto AP
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Kepala empat anak rubah tersangkut roda kenderaan
Difahamkan insiden sama juga sudah dilaporkan beberapa kali berlaku sejak empat minggu lalu.