KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang meninggal dunia semalam, akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas khususnya bagi meringankan beban serta kos sara hidup rakyat menerusi inisiatif Payung Rahmah.
Pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu tidak hanya dirasai rakan seperjuangan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan malah pemimpin politik turut merakamkan ucapan takziah serta berkongsi pengalaman sepanjang mengenali beliau.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkongsi pertemuan terakhir beliau dengan Allahyarham pada mesyuarat Kabinet minggu lepas dan ketika itu, Salahuddin masih giat membawa agenda untuk meringankan beban kos sara hidup.
"Bukan senang jaga kementerian tersebut dalam keadaan sekarang. Banyak orang yang kata macam-macam, tertekan juga kerana kita ni semua manusia, bukan robot. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah," katanya kepada pemberita di pekarangan Masjid Jamek Dato' Noh Gadut, Serkat, Tanjung Piai, Johor.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching turut melahirkan rasa dukacita serta terkejut dengan berita pemergian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu yang pernah saling membantu ketika berkempen di Kulai dan Pulai, Johor.
"Beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak pernah putus asa, tak kiralah situasi pada masa itu sama ada gelombang untuk kami atau gelombang itu sebenarnya menentang kami tetapi beliau akan berjuang habis-habisan. Itu saya rasa satu semangat yang kita semua perlu contohi," katanya.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pula menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Ahli Parlimen Pulai itu sebagai kehilangan pemimpin berjiwa rakyat serta mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT manakala keluarganya tabah menghadapi ujian tersebut.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi ciapan di Twitter hari ini, turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik budi pekerti dan merendah diri.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Salahuddin Ayub atas kembalinya beliau ke rahmatullah. Saya mengenali beliau dengan lebih rapat ketika bersama dalam Kabinet di antara tahun 2018 hingga 2020.
"Negara akan merasai kehilangannya. Didoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
BACA: Negara merasai kehilangan Salahuddin - Tun M
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu amat berdukacita dengan pemergian mengejut seorang rakan seperjuangan dan sahabat yang baik itu.
"Pada masa yang sukar ini, Warisan merakamkan ucapan takziah kepada Datin Seri Fatimah Taha, anak mereka dan ahli keluarga lain yang terjejas akibat kehilangan tragik ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga keluarga Allahyarham Salahuddin dikurniakan ketabahan serta kekuatan.
"Pada yang mengenali serta bergiat aktif dengan Allahyarham sama ada kawan mahupun lawan, pasti akan mempunyai pandangan yang tinggi kepada Allahyarham.
"Tutur kata yang baik, penampilan yang lembut tetapi tegas dalam membawa isu-isu rakyat," menurutnya dalam satu kenyataan.
Bagi Presiden Persatuan Pencipta, Pelaku dan Penerbit (3P) Muzik Malaysia Aris Ariwatan, Allahyarham adalah seorang yang prihatin serta sangat serius, mahukan ketelusan dan keadilan terutama berkaitan isu hak cipta, kutipan dan agihan royalti dalam industri muzik serta penciptaan lagu.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam semalam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Allahyarham, yang meninggalkan seorang balu dan enam anak terdiri daripada empat lelaki serta dua perempuan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di Johor hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Pemergian Salahuddin tidak hanya dirasai rakan seperjuangan dalam Kabinet malah pemimpin politik turut merakamkan ucapan takziah serta berkongsi pengalaman sepanjang mengenali beliau. - Gambar fail/FB Salahuddin Ayub

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.