DALAM kemeriahan Syawal pasca transisi kearah endemik yang masih terasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama rakan sejawatannya di antara negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar dan Filipina) telah dijemput secara kehormat ke Persidangan Khas ASEAN-AS yang diadakan di Washington, Amerika Syarikat .
2. Lawatan kerja Perdana Menteri ini dilihat penting kerana negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19 berjalan secara tersusun di samping Amerika Syarikat sebagai rakan dagang kedua terbesar ASEAN.
3. Usaha Perdana Menteri dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Rakyat masih bergelut dalam proses transisi kearah endemik dan Malaysia antara negara top 20 yang paling bergantung kepada dagangan antarabangsa.
4. Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar persidangan ini perlu menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa yang melanda akibat konflik Russia-Ukraine, ancaman geopolitik dengan himpitan kuasa besar di Laut China Selatan dan tindakan antarabangsa yang memencilkan konflik Israel-Palestin dan juga reaksi masyarakat antarabangsa terhadap Rusia-Ukraine yang dilihat hanya akan membiarkan kuasa besar berhampiran ASEAN untuk melanggar kedaulatan wilayah negara-negara ASEAN khususnya tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
5. Pendekatan berjiwa besar Perdana Menteri yang diinspirasikan oleh Keluarga Malaysia diharap dapat mewujudkan trajektori ke arah Keluarga ASEAN yang akan mementingkan pemulihan ekonomi, penyelesaian aman konflik antarabangsa yang akan mengakibatkan kenaikan inflasi dan bahan api, kejatuhan mata wang berbanding dolar AS serta pelbagai krisis bekalan logistik yang masih menghantui pasaran dunia dan melambatkan pemulihan ekonomi negara-negara ASEAN.
6. Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga mengulangi tawaran tenaga parti dan buah fikiran Kelab-Kelab UMNO seluruh dunia bagi membantu Perdana Menteri merealisasikan misi dan visi beliau.
IKMAL HAZLAN IKMAL HISHAM
Pengerusi
Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Kenyataan Media
Sat May 14 2022

Lawatan kerja Perdana Menteri ini dilihat penting kerana negara-negara ASEAN perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19 berjalan secara tersusun. - Bernama

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.