KUALA LUMPUR: Wanita dalam industri siber boleh meningkat dan memupuk kemahiran kepimpinan masing-masing dengan mengintegrasi emosi ke dalam pendekatan yang diambil oleh mereka, kata Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, Anita Jacobson.
Anita, yang telah berkecimpung dalam industri siber hampir tiga dekad, berkata sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi oleh lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.
“Saya rasa cabaran terbesar ialah menguruskan emosi sebagai seorang pemimpin. Saya bersyukur kerana sebagai insan biasa, saya masih mempunyai perasaan dan tidak mengapa jika sesekali beremosi,” katanya kepada Bernama selepas majlis makan tengah hari Wanita Siber sempena Pameran dan Persidangan Pertahanan Keselamatan Siber (CYDES) 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 17 tahun itu berkata antara pencapaian beliau melalui penerapan emosi dalam kepimpinan ialah apabila berjaya mengubah pelatih baharu dalam industri menjadi pekerja mahir yang mampu memikul peranan sebagai pemimpin.
Beliau berkata kejayaan seorang pemimpin boleh diukur melalui pengembangan kerjaya pekerja terlatih sama ada dalam organisasi yang sama untuk jangka panjang atau meneroka organisasi lain menggunakan kemahiran serupa.
Majlis makan tengah hari anjuran Alpine Integrated Solution itu adalah bagi menyokong wanita dalam industri siber dan meningkatkan lagi pencapaian mereka serta generasi akan datang di bidang itu.
Dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd, CYDES 2023 berlangsung dari 10 Julai hingga hari ini dengan tema 'Building Cyber Resilience: Safeguarding The Digital Future.'
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Anita bercakap pada majlis makan tengah hari Wanita Siber di MITEC, Kuala Lumpur, 12 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.

Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.