KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati peserta piket solidariti untuk Palestin supaya tidak mendirikan sebarang struktur atau khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, sepanjang himpunan itu berlangsung selama enam hari bermula malam tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, piket "Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin" itu tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan perhimpunan terbabit.
"Seandainya terdapat peserta yang mendirikan khemah, kita lihat nanti apa tindakan yang bakal diambil," katanya yang mengesahkan peserta himpunan itu tidak diarah bersurai jika mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Allaudeen berkata, pihak polis bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun mereka bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan-perwakilan asing di negara ini.
"Kalau kita lihat ada kedutaan AS, Suruhanjaya Tinggi Singapura, Kedutaan Jepun dan juga beberapa perwakilan asing berhampiran kawasan ini dan ia menjadi tanggungjawab PDRM," katanya kepada pemberita pada sidang media di lokasi piket diadakan, di sini.
Allaudeen berkata, pihaknya telah menggerakkan sejumlah anggota dan pegawai bagi mengawal keadaan di lokasi himpunan itu dan setakat ini bilangan itu mencukupi.
Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin setakat 24 Dis lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.
Solidariti di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.
Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women's Coalition for Al-Quds and Palestine. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023

Peserta piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' berkumpul sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Palestin di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat selain memasang dan bermalam di dalam khemah sepanjang piket berkenaan. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piket 'Kepung Demi Palestin' kemuka empat tuntutan terhadap AS, Israel
Deklarasi Aksi Kepung Demi Palestin dibacakan ahli jawatankuasa Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua.

Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti
Dianggarkan 100 peserta menyertai 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'selama enam hari bermula malam ini.

Pemuda MCA sertai piket solidariti untuk Palestin
Keganasan tentera Israel di bumi Palestin perlu dihentikan dengan serta-merta dan penyertaan piket itu adalah sebagai solidariti terhadap Palestin.