PUTRAJAYA: Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemohonan telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan elaun tersebut berikutan bebanan tugas yang semakin meningkat dan tidak setimpal dengan gaji yang diterima iaitu RM500 sebulan.
"Insya-Allah dalam tahun ini (dapat keputusan)," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2021 di sini hari ini.
Mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar MARA meneruskan projek MARA Digital, Mahdzir berkata, agensi itu komited meneruskan usaha menambah baik pusat perniagaan tersebut, yang dicetuskan Ismail Sabri pada 2015 ketika menyandang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
"Usaha ke arah itu akan diteruskan kerana MARA Digital Mall ini adalah 'baby' PM (Perdana Menteri). Beliau cetuskan penubuhan premis itu khusus untuk usahawan Bumiputera," katanya.
Ismail Sabri dalam catatan di laman Facebook beliau berkata, MARA telah diarah meneruskan projek MARA Digital bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.
Semalam, Ismail Sabri mengadakan tinjauan mengejut ke MARA Digital Mall Kuala Lumpur bagi meninjau sendiri aktiviti perniagaan di pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT itu.
Mahdzir berkata, pihaknya akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat mengenai penganjuran aktiviti bagi mempromosikan produk usahawan IT di hadapan MARA Digital Mall Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu.
"Misalnya, cadangan penutupan jalan (di hadapan Digital Mall Kuala Lumpur) setiap hujung minggu untuk beri ruang kepada penganjuran aktiviti promosi. Kalau permohonan diluluskan DBKL, anak muda (Bumiputera) yang membabitkan diri sebagai usahawan IT dapat ambil bahagian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022

Keputusan berhubung kenaikan elaun pembantu Tabika Kemas akan diketahui selewat-selewatnya hujung tahun ini, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid. - Gambar fail

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Keputusan kenaikan elaun pembantu Tabika Kemas hujung tahun ini
Pemohonan telah dikemukakan kepada JPA untuk menaikkan elaun tersebut berikutan gaji RM500 diterima tidak setimpal dengan beban tugas.