Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) pada kos lebih rendah merupakan langkah serta hala tuju yang tepat, kata jurucakap publisiti dan Pengerusi Biro Agama dan Harmoni MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
"Ketepikan soal politik kerana ini adalah langkah baik memandangkan ECRL membawa banyak manfaat kepada neger-negeri Pantai Timur dan usaha itu telah dikaji sejak 1980-an.
"Ini turut menunjukkan bahawa kerajaan mendengar kehendak rakyat dan maklum mengenai kepentingan mereka yang melangkaui politik," katanya kepada Bernama.
Pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu sebuah portal berita bahawa kerajaan PH akan meneruskan ECRL selepas perbincangan semula kosnya dan sejumlah RM20 bilion sudah dibayar.
Anggaran sebelum ini mendakwa ECRL yang disokong China, boleh dilaksanakan pada kos kurang RM40 bilion namun angka itu melonjak RM60 bilion sehingga RM70 bilion.
Mengulas selanjutnya, Ti berkata ECRL merupakan satu keperluan dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik dan membantu pertumbuhan ekonomi yang disifatkan beliau sebagai pemangkin bagi pembangunan ekonomi Pantai Timur.
"Ia merupakan satu projek yang diluluskan selepas menjalankan pelbagai kerja asas, perundingan dan input pakar. Justeru, sebarang tindakan menghentikannya hanyalah satu pembaziran dan tidak adil kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur.
"Jika kerajaan berasakan kos itu terlalu tinggi atau terma ECRL dilihat pelik, maka langkah yang sepatutnya diambil adalah untuk merundingkan semula harga dan termanya. Projek ini terlalu penting untuk rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya.
Malah, kata Li, usaha rundingan semula kontrak adalah satu proses yang lazim.
"Sama juga seperti pembinaan rumah yang menelan kos terlalu tinggi atau jika kontraktor tidak serasi dengan pemilik...namun adakah anda akan menghentikan pembinaan, meruntuhkan rumah atau berunding semula sehingga mencapai satu kata sepakat?
"Jika ada masalah, kerajaan perlu menyelesaikannya daripada bertindak melulu membatalkan projek dan perlu membayar penalti tinggi selain memudaratkan peluang ekonomi yang boleh dijana rakyat Pantai Timur daripada projek tersebut," katanya.
Menurut Ti, sekiranya kerajaan berasakan wujud unsur rasuah dalam projek itu, sudah sewajarnya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan.
"Biarlah SPRM menyiasat perkara ini secara terperinci supaya semua pihak berpuas hati. ECRL tidak harus dicemari dengan sebarang perbuatan rasuah.
""Kita perlu ingat, pengangkutan awam di Malaysia masih kurang berkembang lebih-lebih lagi di Pantai Timur kerana kebanyakan projek infrastruktur negara bertumpu di negeri-negeri Pantai Barat.
"Lebuh raya utama negara tidak melibatkan Pahang yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan terletak di tengah-tengah bahagian Semenanjung itu," katanya.
Ti juga optimis ECRL akan mengurangkan jurang pendapatan antara pantai Barat dan Timur.
"ECRL akan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Projek itu juga dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika musim perayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 24 2018

jurucakap publisiti dan Pengerusi Biro Agama dan Harmoni MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata ini adalah langkah baik memandangkan ECRL membawa banyak manfaat kepada neger-negeri Pantai Timur dan usaha itu telah dikaji sejak 1980-an. -Gambar fail

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Keputusan kerajaan teruskan ECRL satu langkah tepat - Ti Lian Ker
Keputusan kerajaan PH untuk meneruskan projek pembinaan ECRL pada kos lebih rendah merupakan langkah serta hala tuju yang tepat, kata Datuk Seri Ti Lian Ker.