KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengetahui nasibnya esok, sama ada disabitkan atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah RM2 juta.
Keputusan kes itu secara kebetulan sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-70 hari ini dan bagaimana beliau akan menjalani kehidupan pada usia tujuh puluhan akan diketahui esok.
Semua akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana hakim Mohamed Zaini Mazlan dijangka memberikan penghakimannya bagi kes itu pada 9 pagi.
Mohamed Zaini pada awalnya menetapkan 17 Nov untuk keputusan tetapi ditangguhkan setelah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Selain kes Tengku Adnan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan kerana dua kes rasuah berprofil tinggi lain - satu melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, 60, dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 60, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, serta isterinya, Datin Seri Zizie A.Samad, 41, juga akan disebut di Mahkamah Sesyen yang berasingan di sini esok.
Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan kes itu bermula pada 2 Julai tahun lepas dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi untuk memberi keterangan.
Saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan termasuk dua bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Chai.
Pada 14 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes tertuduh.
Tengku Adnan memberi keterangan bersumpah dari tempat saksi dan prosiding pembelaannya berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 Jan dan 5 Mac lepas.
Dalam keterangannya, Tengku Adnan mengakui menerima cek RM2 juta daripada Chai pada 14 Jun 2016 untuk perbelanjaan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar (Selangor) dan Kuala Kangsar (Perak) pada 18 Jun, tahun yang sama.
PRK itu diadakan selepas dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad, meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei 2016.
Bekas menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa RM2 juta yang diberi Chai hanyalah seperti "duit poket".
Saksi lain yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Setiausaha Politik Tengku Adnan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Zakaria Dullah dan bekas pengarah jentera PRK Sungai Besar Datuk Rizalman Mokhtar.
Pada 30 Jun lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil empat saksi memberi keterangan dalam prosiding yang berlangsung selama empat hari bermula 4 Mac dengan Tengku Adnan dipanggil sebagai saksi pembelaan pertama.
Pada 7 Dis lepas, Mahkamah Tinggi yang lain melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon, yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan bersubahat dalam perlakuan salah Tengku Adnan pada 2013 dan ahli perniagaan itu didenda RM1.5 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas dimaklumkan pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan kes terhadap Tengku Adnan setelah terdapat perkembangan baharu berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020

Bekas menteri itu juga sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa RM2 juta yang diberi hanyalah seperti "duit poket". -Gambar fail/ Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Datuk Mohd Radzi Md Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan.

PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar
Calon BN di Putrajaya itu sifatkan mesej tersebut suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.

PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai.

Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?
Tun Faisal menjelaskan, beliau mengetahui mengenai berita pemecatannya daripada parti melalui rakan-rakan dan sebuah portal berita pada Sabtu.

'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.

Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara
Majlis Presiden PH akan teliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian persefahaman antara PH dan kerajaan.

'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui pernah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh kerajaan sebelum ini sekiranya bersedia lompat parti dan meninggalkan UMNO.

Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri
Pendedahan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membuktikan keputusan menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.

Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang.

Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.