Keputusan pemilihan pimpinan PAS sesi 2013-2015 dijangka akan diketahui lewat tengah hari ini selepas pengundian untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti itu selesai dijalankan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu, proses pengundian untuk jawatan AJK PAS Pusat dijangka selesai dalam tempoh dua jam.
Katanya, pengundian untuk memilih 18 AJK PAS Pusat itu akan bermula pukul 8.15 pagi.
"Paling awal keputusan akan diumumkan pukul 12 tengah hari tetapi kita menjangka proses pengiraan undi akan mengambil sedikit masa, jadi mungkin keputusan penuh diumumkan pukul 2 petang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pemilihan untuk jawatan AJK PAS Pusat yang sepatutnya dilakukan pada petang Jumaat telah dibatalkan akibat kesilapan teknikal dan diadakan kembali pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi mengumumkan pembatalan pengundian jawatan AJK PAS Pusat selepas 45 minit perwakilan membuang undi yang bermula pukul 4 petang Jumaat.
"Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar...kita tangguhkan hingga Sabtu," katanya.
Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadualkan.
61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Nov 22 2013

Proses pengundian pemilihan pimpinan PAS berlangsung
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Pemilihan PAS dicemari kempen kotor - Asmuni
Pemilihan PAS kali ini dilihat dicemari banyak kempen kotor termasuk melibatkan serangan peribadi.

Pemilihan PAS: Mat Sabu bakal dicabar Timbalan MB Kelantan
Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada sesi kali ini bakal menyaksikan penyandang timbalan presiden Mohamad Sabu dicabar oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pemilihan PAS: Tiada kompromi untuk pihak yang anjurkan majlis jatuhkan calon
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memberi peringatan keras kepada calon supaya tidak menganjurkan majlis yang kemudiannya bertukar menjadi kempen menjatuhkan calon lain yang bertanding.

Nasrudin Hasan kalah bertanding jawatan peringkat PAS kawasan
Ketua Pemuda PAS Pusat itu tewas pertandingan jawatan Naib YDP Kawasan Indera Mahkota kepada Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Undian online, Pemilihan Pas: Siapa pilihan anda?
Beberapa nama disebut-sebut sedang mengintai peluang untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu.