KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 14 Jun untuk memutuskan permohonan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan melibatkan pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam N. Surendran, yang mewakili Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan Tan Meng Kheng, 36, serta Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob mewakili pendakwa raya.
Pada 17 Jan lepas, Mohd Khairianwar, yang juga seorang penulis skrip, dan Tan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pada 12.34 tengah hari 26 Feb 2023 mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Surendran berhujah elemen kesalahan bagi pertuduhan yang dihadapi Mohd Khairianwar dan Tan adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
"Perbuatan melukakan perasaan agama lain yang merupakan elemen penting di bawah Seksyen 298, tidak tertakluk di bawah sekatan 'ketenteraman awam' yang terkandung dalam Perkara 10(2)(a).
"Jika seksyen itu diisytiharkan melanggar Perlembagaan maka pertuduhan terhadap anak guam saya terbatal dan tiada kes terhadap mereka," katanya mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Abdul Malik pula meminta mahkamah menolak permohonan itu.
Beliau berkata persoalan perlembagaan yang dibangkitkan tidak perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi kerana ia bukan isu yang sukar sebaliknya boleh diputuskan pada akhir perbicaraan.
"Persoalan itu dibangkitkan berdasarkan anggapan semata-mata dan bertujuan melengah-lengahkan perbicaraan. Saksi masih belum dipanggil memberi keterangan," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem itu, yang ditayang menerusi platform penstriman video, telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Permohonan Khairianwar (gambar) dan Tan bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun. - Gambar fail
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.

Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".

Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.