KUALA LUMPUR: Permohonan pembelaan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan seorang saksi utama pendakwaan yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui esok.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Menteri Belia dan Sukan itu serta Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Gobind berhujah, pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13 iaitu Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kutipan dana untuk tujuan kempen Ahli Parlimen Muar itu.
Beliau berkata, Rafiq Hakim memberitahu pegawai penyiasat SPRM bahawa wang dalam akaun Armada adalah hasil kutipan dana orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar.
"Namun ketika memberi keterangan lisan di mahkamah, saksi itu menyatakan dana tersebut dikumpul untuk kegunaan Armada.
"Oleh itu, wujud percanggahan dalam keterangannya namun kami tidak dibekalkan dengan dokumen berkenaan jadi bagaimana untuk mendapatkan perbicaraan yang adil,'' katanya yang turut mendakwa saksi itu mungkin berbohong di mahkamah.
Bagaimanapun, Wan Shaharuddin meminta Azhar menolak permohonan itu atas alasan pembelaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa mereka telah memenuhi syarat di bawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah.
"Mereka sekadar melengkapkan 'ekspedisi memancing.' Sepatutnya saksi ini selesai memberi keterangan namun ia seperti tiada kesudahan," katanya.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
![Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658477861_SyedSaddiq.jpg)
Permohonan pembelaan bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan seorang saksi utama pendakwaan yang direkod SPR) dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui esok. - Gambar Astro AWANI
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667055457_SyedSaddiqSyedAbd.jpg)
Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, keterangan yang memihak kepadanya disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut.
![Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666937648_SyedSaddiq.jpg)
Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Dakwaa beliau mengarahkan pengeluaran wang itu dari akaun Armada suatu pembohongan semata-mata, kata Syed Saddiq.
![Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
![Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658227797_SyedSaddiqArmada.jpg)
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
![Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664272553_TBSYEDSADDIQjpg.jpg)
Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat
Syed Saddiq memberitahu pegawai penyiasat supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada individu yang urus kewangan peribadinya.
![Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658477861_SyedSaddiq.jpg)
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
![JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656914636_BekasMenteriBelia.jpg)
JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...
![Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000 Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627289515_SyedSaddiq.jpg)
Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000
Syed Saddiq yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000.