Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau juga berpuas hati dengan persediaan SPR bagi pengundian PRK hari ini.
Berdasarkan tinjauan petang tadi, kesemua pusat mengundi, saluran mengundi telah pun lengkap disediakan, selain pegawai yang akan bertugas esok telah dilatih dengan baik, katanya ketika ditemubual secara langsung oleh Berita Perdana RTM1 di Studio Mini RTM Ahad.
"Kita cuma berharap mereka masing-masing akan dapat bertugas pada masa ditetapkan, kerana selewat-lewatnya pusat mengundi mesti dibuka pukul 8 pagi," katanya.
Beliau turut menasihatkan pemimpin dan penyokong parti yang bertanding supaya menghormati peratuan berkempen yang berakhir tepat pukul 12 tengah malam.
"Dan kepada pengundi, kita harap mereka bersedia dengan maklumat seperti saluran mengundi, sekolah pusat mengundi dan nombor siri undian mereka, selain tidak lupa membawa kad pengenalan, esok," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama mengenai bekalan elektrik sepanjang pengundian dan pengiraan undi esok, Abdul Aziz berkata Tenaga Nasional Berhad(TNB) telah diberi tanggungjawab bagi memastikan tiada gangguan sepanjang tempoh tersebut.
Katanya, TNB membuat persediaan awal dengan menyediakan 18 set generator untuk ditempatkan di pusat penjumlahan undi serta di pusat pengundian DUN Sungai Limau.
Beliau berkata SPR sememangnya sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk gangguan bekalan elektrik.
Bernama
Mon Nov 04 2013


OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS
Polis mengesahkan menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkenaan gambarnya yang digunakan untuk tujuan iklan skim pelaburan saham palsu.

Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.

Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
Ia merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program "Projek Artikel 11 Jom Ziarah" anjuran Impact Malaysia.

MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian
Sistem berkenaan dinaik taraf daripada sistem e-Wasiat sedia ada dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS
Masyarakat seluruh negara khususnya Selangor diseru agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan.

Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.