KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, lima tahun lepas.
Tarikh sama juga ditetapkan untuk keputusan rayuan Samirah dan dua remaja itu untuk mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi, termasuk penemuan bahawa kebakaran itu yang tercetus di bilik Nazrin "dilakukan dengan sengaja".
Berdasarkan semakan mahkamah, tarikh tersebut ditetapkan semasa pengurusan kes terbabit pada 16 Nov lepas secara dalam talian.
Pada 23 Okt lepas, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menangguhkan keputusan itu selepas selesai mendengar hujah pihak pembelaan dan pendakwaan.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Samirah dan dua remaja tersebut menyelesaikan hujahannya pada 23 Okt manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim selesai berhujah pada 17 Okt.
Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada tuduhan membunuh Nazrin selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Samirah dan kedua-dua remaja serta seorang wanita warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, telah didakwa membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.
Pada 30 Jun 2022, Samirah dan kedua-dua remaja itu memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin "dilakukan dengan sengaja."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah (gambar) serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada tuduhan membunuh Nazrin. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Bukan niat nak penjarakan Samirah tapi...' - Kakak Nazrin
"Kami bukan nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, (tetapi) kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih kerana adik kami meninggal dunia".

Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.

Percikan darah pada dinding sepadan DNA CEO Cradle Fund - Pendakwaan
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) beliau.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.

Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.

Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.