KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.
Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd Isa berkata, tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar (PKP) Mahkamah Rayuan, Huda Humaira Idris semasa pengurusan kes secara sidang video menerusi aplikasi Zoom pada Selasa.
"Keputusan rayuan (Tan Sri Mohd Isa) pada 31 Januari ini telah dilapangkan oleh mahkamah dan tarikh keputusan ditukar kepada 6 Mac.
"Saya juga dimaklumkan oleh PKP bahawa ada antara panel hakim bercuti sakit pada tarikh 31 Januari itu,” kata Siti Sarah ketika dihubungi.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz semasa dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 14 Oktober tahun lepas, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.
Mohd Isa, 73, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 terhadap sembilan pertuduhan rasuah membabitkan amaun sebanyak RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.
Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Februari 2021.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Mohd Isa telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 terhadap sembilan pertuduhan rasuah membabitkan amaun sebanyak RM3 juta. - Gambar fail/Sinar Harian

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda bagi kesalahan rasuah.

Mohd Isa nafi terima RM3 juta daripada pegawai khasnya
Mohd Isa berkata beliau tidak pernah membincangkan ataupun bertanya kepada Zahid mengenai status pembelian MPHS.

'Kancil' bawa kerusi bantu kempen Isa Samad
Sekeping gambar yang memaparkan sebuah kereta kancil membawa kerusi plastik diatas bumbung sebagai kempen untuk calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Pilihan Raya Kecil P.132 Port Dickson.

Kempen PRK Port Dickson makin rancak, Anwar paling menonjol
Justeru, Anwar, 71, begitu teruja dengan kedatangan Perdana Menteri ketujuh itu dan akan dijadualkan berkongsi pentas berucap pada Isnin malam selepas 20 tahun.

FGV: Isa Samad, isteri akan dipanggil SPRM - Azam Baki
Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Isa tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu.

Najib tiba di Kuala Nerus rasmikan sambutan Hari Peneroka
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pukul 9.15 pagi ini untuk merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.