PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah pada asalnya dijadual mengumumkan keputusan mereka esok.
Seorang peguam yang mewakili Isa, Siti Sarah Khalil, ketika dihubungi Bernama berkata pembelaan menerima notis daripada mahkamah memaklumkan bahawa prosiding yang dijadual berlangsung esok telah dilapangkan dan akan diganti dengan pengurusan kes untuk menetapkan tarikh baharu.
Pada 14 Okt lepas, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur di antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.
Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021. - Gambar Astro AWANI

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Kerajaan fail notis rayuan terhadap keputusan pelarasan pencen pesara
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi berkata pihaknya telah memfailkan notis rayuan itu semalam (23 Jan 2025).

Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.

Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok ditangguh
Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.

Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.

Kes lapan remaja berbasikal maut dirempuh, pendakwaan fail notis rayuan
Pihak pendakwaan hari ini menfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu.

Mahkamah Rayuan tolak notis rayuan Khairy Jamaluddin
Tengku Maimun yang mempengerusikan panel itu berkata terdapat beberapa kekaburan dalam notis rayuan.