KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi mengetepikan sabitan bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali Bella, akan diketahui pada Khamis.
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Jika mahkamah menerima dua rayuan itu, Siti Bainun akan dibebaskan daripada sabitan berkenaan serta-merta.
Bagaimanapun, jika mahkamah mendapati sebaliknya, wanita berusia 32 tahun itu kekal dikenakan hukuman penjara 12 tahun.
Memandangkan dia dituduh atas dua pertuduhan, ada juga kemungkinan Siti Bainun kekal bersalah atas salah satu kes sahaja.
Ia bukan pengakhiran buat wanita itu, kerana dia berpeluang untuk membuat rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen di sini mendapati wanita yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan itu bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.
Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun sementara kes menganiaya, 12 tahun bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukum itu.
Hakim, Izralizam Sanusi turut memerintah tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin termasuk cagaran RM5,000 sebagai tambahan hukuman.
Dia juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam masa enam bulan selepas tamat hukuman penjara dengan syarat-syarat yang dikenakan.
Siti Bainun dibawa ke Penjara Kajang selepas mahkamah menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara itu.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun, telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.
Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa.
Kes yang mengejutkan negara itu mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak seperti Bella.
Pada prosiding hujahan yang berlangsung pada 7 Mac lalu, peguam, Haijan Omar, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan hadir bagi mewakili Siti Bainun selaku perayu.
Sementara pihak pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin pula sebagai responden.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 24 April lalu untuk keputusan rayuan namun tarikh tersebut dilapangkan dan ditangguhkan sehingga ke Khamis. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 01 2024

Jika mahkamah menerima dua rayuan itu, Siti Bainun akan dibebaskan daripada sabitan berkenaan serta-merta. -Gambar fail/Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.

Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.

18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.

Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.

Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.