SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 September depan untuk keputusan representasi yang dikemukakan dua bekas pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri berhubung sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan tahun lalu.
Hakim, Mazni Nawi membuat keputusan itu pada Rabu selepas pegawai pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Firdaus Ruslan memaklumkan pihak pendakwaan masih sedang meneliti representasi tersebut.
Pada prosiding itu, peguam, K Indran dan Nasuha Badrul Din yang mewakili Muhammad Faisal Hamzah, 39, turut memaklumkan telah membuat permohonan representasi pada 30 Jun lalu.
Peguam, Hasnan Hamzah yang mewakili Azizul Abdul Halim, 55, pula memberitahu yang beliau baru sahaja dilantik dan masih mengkaji dokumen kes yang diterimanya.
Malah beliau turut memaklumkan akan memfailkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan memohon tempoh dua bulan.
Mazni bersetuju tempoh dua bulan yang dimohon pihak pembelaan dan turut menetapkan 20 September untuk sebutan keputusan representasi.
Media pada 5 April lalu melaporkan kedua-dua orang kena tuduh (OKS) mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di pejabat KPDN, Seremban 2, pada 12 Ogos 2022.
Berikutan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah seksyen 22 (2) akta sama.
Tertuduh juga selaku pemegang lesen borong juga didapati melanggar Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 tan metrik.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.15 malam di Premis Perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas, Senawang di sini, pada 11 Ogos 2022.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023

Muhammad Faisal (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.

Seleweng minyak: Anak bekas menteri mohon percepat keputusan representasi
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan representasi kes penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi melibatkan dua pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri tahun lalu.

Keputusan representasi anak bekas menteri diketahui 20 September
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 September depan untuk keputusan representasi yang dikemukakan dua bekas pengarah syarikat termasuk anak seorang bekas menteri.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.