PERTUBUHAN Green Lung Malaysia merasa sangat kesal dengan keputusan Dewan Rakyat yang telah dibuat semalam berkaitan Rang Undang- Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Rang Undang-Undang tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas berdasarkan Peraturan 81(1), Peraturan Mesyuarat 54(2).
Penangguhan ini akan memberi ruang dan masa bagi industri untuk bercampur tangan dengan membawa agenda dan pengaruh pihak industri dalam proses penggubalan polisi kawalan tembakau. Perkara ini sangat membimbangkan dan pihak kami menggesa agar Jawatankuasa ini mesti bebas daripada sebarang campur tangan industri tembakau dan vape yang semata-mata bertujuan untuk merealisasikan agenda mereka iaitu memastikan perniagaan mereka tidak terjejas. Malaysia sebagai anggota parti kepada WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC), mereka yang terlibat dengan penggubalan polisi mesti mematuhi Artikel 5.3 iaitu:
“In setting and implementing their public health policies with respect to tobacco control, Parties shall act to protect these policies from commercial and other vested interests of the tobacco industry in accordance with national law.”
Pihak kami mengikuti pembentangan yang dibuat oleh YB Menteri Kesihatan, malahan juga mendengar dengan teliti perbahasan oleh 14 Ahli Parlimen berkaitan RUU ini serta hujah balas YB Menteri Kesihatan bagi menjawab isu yang dibangkitkan. Dalam pengamatan saya sebagai rakyat yang prihatin terhadap kesejahteraan dan kesihatan generasi muda, RUU ini adalah berlandaskan kajian yang mencukupi dan dilaksanakan demi kepentingan kesihatan awam. Namun begitu sesetengah Ahli Parlimen tetap ingin menyangkal fakta saintifik dan kenyataan yang telah dibentangkan. Malahan perdebatan berkaitan isu hak asasi yang digunakan oleh sesetengah Ahli Parlimen tidak selari dengan pandangan Pakar-Pakar Perlembagaan Persekutuan bahawa Pelaksanaan Generational End Game atau GEG ini tidak bertentangan dengan hak asasi mereka. Hak asasi berkaitan merokok bukanlah hak mutlak seseorang untuk memudaratkan kesihatan diri sendiri malahan kesihatan orang yang berada di sekeliling.
Sungguhpun pihak kami berasa kesal dan kecewa dengan keputusan semalam, kami sebagai aktivis yang memperjuangkan isu kawalan tembakau dan masalah merokok akan teruskan pemerhatian kami terhadap perkembangan RUU ini.
Kami menggesa agar Ahli Parlimen:
1) Mengisytiharkan sekiranya terdapatnya kepentingan langsung atau tidak langsung dengan industri tembakau dan vape,
2) Memastikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas be as daripada pengaruh dan campur tangan industri tembakau dan vape,
3) Memastikan RUU dibentangkan dalam sidang parlimen pada bulan Oktober,
4) meluluskan RUU dalam sidang akan datang.
Kepada Ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan mereka secara terang-terangan atau yang bantah tetapi berdiam setakat ini, kami harap mereka boleh mendapatkan fakta mengenai intipati RUU berdasarkan bukti saintifik agar mereka boleh tukar pendirian mereka sebelum membuat undian.
Kepada ahli parlimen yang menyuarakan Sokongan dengan syarat, kami harap mereka boleh menyokong sepenuhnya RUU selepas penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas sebagaimana yang diminta.
Kita tidak boleh tangguhkan lagi. Bayangkan penangguhan setahun kita akan kehilangan 27,000 nyawa. Prihatinlah kepada rakyat, dua juta nyawa boleh diselamatkan sekiranya RUU dan Pelaksanaan GEG dilaksanakan.
En Ho Rhu Yann
Presiden
Pertubuhan Green Lung Malaysia
Kenyataan Media
Wed Aug 03 2022
Dewan Rakyat pada Selasa bersetuju mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen. - JAPEN
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Calon SPM terjejas di Sarawak diminta hubungi sekolah segera
Calon SPM di Sarawak yang terkesan banjir diminta menghubungi pihak sekolah dalam 12 jam untuk urusan penghantaran pulang bagi menduduki peperiksaan.
JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka
73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Keputusan RUU kawalan tembakau dan rokok ditangguh, pastikan tiada campur tangan industri - Green Lung
Dua juta nyawa boleh diselamatkan sekiranya RUU dan Pelaksanaan GEG dilaksanakan.