IPOH: Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada syarikat penerbangan AirAsia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Loh Sze Yee berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut.
"Ada banyak faktor antaranya permintaan, harga tiket, stok kapal terbang yang ada, faktor masa dan laluan serta sebagainya. Jadi, (penjelasan selanjutnya) perlu merujuk kepada syarikat penerbangan tersebut untuk membuat pengumuman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis sambutan penerbangan pertama ketibaan kira-kira 300 pelancong ke Ipoh sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di LTSAS, hari ini.
Pada 25 Sept lepas, Loh berkata laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, sebaliknya hanya digantung untuk sementara waktu.
Loh berkata pihaknya telah merujuk isu berkenaan itu kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak LTSAS bagi mendapatkan penjelasan, bagaimanapun pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian daripada pihak berkaitan.
Sementara itu, Loh berkata kerajaan negeri masih menunggu keputusan kerajaan Persekutuan untuk menjadikan LTSAS di sini sebagai hab penerbangan serantau.
"Cadangan (LTSAS sebagai hab penerbangan serantau) dalam membantu menyelesaikan masalah lapangan terbang lain yang menghampiri kapasiti sebagai contoh lapangan terbang yang berhampiran itu boleh fokus kepada penerbangan ke Amerika Syarikat, Timur Tengah atau Eropah," katanya.
Pada 22 Nov lepas, Loh berkata Perak bercadang menjadikan LTSAS Ipoh di sini sebagai hab penerbangan serantau kerana landasan lapangan terbang tersebut hanya sesuai untuk pesawat jenis Airbus 320 yang penerbangannya hanya mengambil masa antara tiga ke lima jam.
Loh berkata pihaknya telah mencadangkan kepada Malaysia Airports Holdings Bhd bagi pelaksanaan hab penerbangan serantau yang akan memfokuskan kepada penerbangan di ASEAN sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704097554_TBLohSzeYee.jpg)
Loh berkata berdasarkan laporan diterima terdapat beberapa perkara terperinci perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung semula operasi tersebut. - Gambar Bernama
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
![Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733044512_NgaKorMing.jpg)
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
![Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704097554_TBLohSzeYee.jpg)
Keputusan sambung semula penerbangan Ipoh-Langkawi, bergantung kepada AirAsia - Exco Perak
Keputusan menyambung semula laluan bagi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang digantung buat sementara waktu, terletak sepenuhnya kepada AirAsia.
![Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627016852_ambilnasiganjagu.jpg)
Guna helikopter ambil 36 bungkus 'nasi ganja': Polis siasat surat kebenaran rentas negeri
Polis akan menjalankan siasatan samada mereka yang mengambil tempahan nasi ganja di sini menggunakan helikopter mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.
![Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81572343765_TBdagingbabijpg.jpg)
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
![Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443397958_LTSAS.jpg)
Dua penerbangan di LTSAS dibatalkan akibat jerebu
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan empat pergerakan bagi laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia.
![Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569104077_IpohJerebu.jpg)
Enam penerbangan pagi di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari AirAsia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari FlyScoot.
![Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569103266_AirAsia.jpg)
Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.
![AirAsia mula penerbangan Ipoh-Singapura Disember ini AirAsia mula penerbangan Ipoh-Singapura Disember ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536940837_950x600.jpg)
AirAsia mula penerbangan Ipoh-Singapura Disember ini
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan dari Ipoh-Singapura-Ipoh mulai 2 Dis ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hin
![Perak komited bina lapangan terbang baharu Perak komited bina lapangan terbang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443397958_LTSAS.jpg)
Perak komited bina lapangan terbang baharu
Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa sebagai antara usaha untuk menarik kehadiran pelancong asing.
![Malindo Air nyata hasrat terbang ke Ipoh - Zambry Malindo Air nyata hasrat terbang ke Ipoh - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81364036199_295x200.jpg)
Malindo Air nyata hasrat terbang ke Ipoh - Zambry
Katanya syarikat penerbangan itu juga akan melakukan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain.