ALOR SETAR: Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusan itu dibuat sebagai satu daripada cara untuk mentaati perintah Allah serta mensyukuri nikmat dikurniakan kepada Kedah.
"...apabila saya jadi kerajaan, nampak nikmat banyak yang mana (nilai) pelaburan masuk tinggi ke negeri ini, malah setiap rumah di negeri ini ada masuk bakul makanan...maka saya buat keputusan untuk tidak lagi menyambung lesen premis perjudian ini sebagai satu daripada cara saya bersyukur atas banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada negeri ini.
"Tapi ada orang bantah guna alasan hak asasi, guna alasan rasisme (yang) hendak menghalang orang bukan Islam. Sebenarnya tidak betul itu semua," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Kedah 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
BACA: Judi ekor: Sebagai 'abang' saya nasihatkan MB Kedah hati-hati keluar kenyataan - Mufti P. Pinang
Selain itu, beliau berkata tiada satu kajian pun menunjukkan yang aktiviti perjudian menguntungkan malah kerajaan China yang tidak memiliki ramai penduduk dalam kalangan orang Islam pun turut mengharamkan kegiatan itu di negara mereka sejak 1949.
"Negara kita ramai orang Islam, keputusan ini dibuat atas dasar untuk menjaga keharmonian masyarakat dan atas dasar bersyukur dengan nikmat yang banyak," katanya.
Persidangan DUN Kedah bersambung esok
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021

Sanusi berkata tiada satu kajian pun menunjukkan yang aktiviti perjudian menguntungkan.- Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.

Pengendali kasino Wynn menangi lesen perjudian pertama di UAE
Lesen itu diberikan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Perjudian Komersial Am, yang ditubuhkan tahun lepas.

Tiada pemohonan baharu lesen premis judi, loteri di Perlis
Kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang pemohonan baharu bagi pembukaan premis perjudian dan loteri, kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Fakhrul Anwar Ismail.

Premis judi: 'Kalau dapat RM400 juta sekalipun, saya akan tutup juga' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan kekal dengan pendirian untuk menghentikan operasi premis perjudian dan loteri di seluruh negeri itu.

Kedah tidak bercadang pertimbang semula penamatan lesen judi - Muhammad Sanusi
Kerajaan negeri Kedah bertegas tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri yang telah berkuat kuasa di negeri itu.

Kedah sedia hadapi tindakan pihak cabar keputusan berkaitan lesen premis judi - MB
Beliau berkata mana-mana pihak berhak dan boleh mengambil tindakan mencabar keputusan kerajaan negeri.

Keputusan tidak luluskan lagi lesen judi bukan bertujuan sekat hak mana-mana pihak - MB Kedah
Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.