PUTRAJAYA: Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata perkara itu yang berdepan pandangan berbeza daripada dua mufti, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan bersidang tidak lama lagi.
"Bagi peringkat Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang bersidang esok turut membincangkan isu cukai tertunggak itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Zakat Korporat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.
Sebaliknya, surat rasmi akan dihantar kepada wakil sah atau pentadbir harta pusaka si mati bagi menuntut mereka melunaskan tunggakan cukai pendapatan yang hanya akan dihapus kira selepas suatu tempoh apabila semua prosedur berkenaan dilaksanakan.
Pada Mei lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan undang-undang menuntut wakil sah atau pentadbir harta pusaka pembayar cukai yang meninggal dunia, membayar tunggakan cukai ditinggalkan si mati, mengundang pandangan berbeza mufti dalam konteks syarak.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berpandangan harus dibayar tunggakan cukai itu sambil memetik hadis diriwayatkan Imam At-Tirmidzi yang menyebut 'roh atau jiwa orang beriman itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dibayar atau dilunaskan'.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berpandangan berdasarkan syariat Islam, pewaris harta pusaka pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia, tidak perlu membayar cukai tertunggak ditinggal si mati.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Mohd Na'im berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan bersidang tidak lama lagi. - Gambar fail

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.

Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.

Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.

Gagal kemuka cukai pendapatan, bekas pengarah syarikat didenda RM8,000, penalti lebih RM200,000
Seorang bekas pengarah syarikat perunding kontrak didenda RM8,000 dan dikenakan penalti RM229,926.36 oleh Mahkamah Majistret.

LHDN tawar bayaran ansuran tunggakan cukai pendapatan dan CKHT
Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikena kenaikan cukai.

Keputusan waris perlu bayar cukai tertunggak LHDN diketahui September
Keputusan sama ada waris perlu membayar tunggakan cukai pendapatan bagi pembayar cukai yang telah meninggal dunia akan diketahui selewat-lewatnya September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Mente

Pungutan suara: rakyat Switzerland lulus cukai minimum syarikat korporat
Penduduk Switzerland pada Ahad meluluskan pengenalan kadar cukai minimum 15 peratus terhadap syarikat multinasional besar, lapor Sputnik.

Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai: LHDN
Yang sudah berlalu tidak mengapa, lapor saja apa yang diketahui dan LHDN terima secara baik.

Kerahsiaan data pembayar cukai di MyTax selamat dan terjamin - LHDN
Kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Belanjawan 2023: Penurunan kadar cukai pendapatan individu beri lebihan duit poket - Ahmad Zahid
Macam-macam boleh dibuat dengan lebihan hingga RM1,300 walaupun bukan dalam bentuk tunai.