KUALA LUMPUR: Kejayaan pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pada acara Oscar 2023 turut mendapat ucapan penghargaan daripada Kerabat Diraja Britain.
Dalam perkongsian di Twitter The Royal Family, keluarga diraja itu menyifatkan kemenangan yang diraih Michelle turut memberi makna kepada kesatuan Komanwel.
Ia apabila anak kelahiran Ipoh, Perak itu memenanginya pada Hari Komanwel - yang disambut setiap hari Isnin kedua bulan Mac.
"Tahniah kepada Michelle Yeoh dan ahli keluarga di tanah air Malaysia yang menyaksikan kemenangan bersejarah beliau pada Hari Komanwel," memetik hantaran di Twitter tersebut.
Semalam (Isnin) Michelle melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).
Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, beliau merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
Kejayaan yang dilakar Michelle itu sekali gus mencatatkan namanya sebagai pelakon pertama dari Asia ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah penganjuran Anugerah Akademi sepanjang 95 tahun penganjuran.
Astro Awani
Tue Mar 14 2023

Michelle melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023). - Foto AP Photo/Chris Pizzello
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.

Kerabat Diraja Britain zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh
Kemenangan yang diraih Michelle turut memberi makna kepada kesatuan Komanwel, kata keluarga diraja itu.

Oscars 2023: Michelle Yeoh kebanggaan Malaysia, kini di mercu persada filem
Sementara menanti keputusan Anugerah Academy, Astro AWANI senaraikan perihal seniwati Michelle Yeoh.

'Road To Oscars' usaha kerajaan pastikan filem tempatan setanding antarabangsa
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) berhasrat untuk membawa filem-filem tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Selepas Chris Rock ditampar, polis sedia menahan Will Smith di Oscar
Namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas Rock memutuskan untuk tidak mendakwa Smith.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anugerah Oscars kembali dengan hos selepas 4 tahun
Penganjuran malam kemuncak industri perfileman itu akan kembali ke venue tradisi Dolby Theater, Los Angeles pada 27 Mac ini.

Filem 'Prebet Sapu' wakili Malaysia di anugerah Oscars - Finas
Filem cereka 'Prebet Sapu' arahan Muzammer Rahman, telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscars) ke-94.

Tindakan Finas tolak permohonan geran Afdlin bermotif politik - Anwar Ibrahim
Anwar menuntut permohonan Afdlin itu dikaji semula supaya industri perfileman tempatan kekal terbela.

Oscar: Meriah dalam kepelbagaian, bagaimana peluang filem tempatan?
Perjalanan filem tempatan masih jauh untuk memperbaiki mutu filem tempatan dan membina rangkaian serta menyusun strategi pemasaran yang berkesan.

Peminat filem seram kini berpeluang bermalam di rumah Buffalo Bill
Hiasan dalaman rumah itu dikekalkan seperti dalam filem hasil karya Jonathan Demme yang telah memenangi lima anugerah Oscars.