KOTA BHARU: Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuan jelajah itu diadakan untuk menjelaskan bahawa kumpulan Sulu itu pengganas, selain mengelakkan persepsi tidak baik kepada Malaysia yang melakukan kezaliman kepada mereka.
"Penjelasan berhubung isu tuntutan kumpulan Sulu ini perlu dilakukan, kerana masyarakat dunia tidak mengetahui perkara sebenar dan mendakwa kononnya mereka ini golongan pemisah.
"Perkara ini perlu dihebohkan, kerana mereka ini bukan sahaja dikategorikan sebagai penyeludup atau penceroboh, tetapi juga sebagai pengganas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Kakitangan KEMAS Kelantan, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan negeri, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Sebelum ini, Sekretariat Khas Sulu memaklumkan Malaysia sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang tuntutan kumpulan Sulu, dalam usaha memelihara kedaulatan negara.
Kerajaan juga sedang membuat semakan lanjut, untuk menentukan sekiranya mana-mana daripada lapan penuntut kumpulan tersebut mempunyai pertalian, hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Tentera Diraja Sulu (RSF), yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa hak dan tuntutan penuntut itu tidak sah, terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri oleh rakyat Sabah, melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayan (JKKN) negeri Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Keputusan mahkamah Belanda hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Hari Malaysia
Pihaknya akan terus menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.

Penduduk Lahad Datu lega Malaysia menang kes tuntutan kumpulan Sulu
Kemenangan Malaysia dalam kes tuntutan kumpulan Sulu memberi keyakinan kepada penduduk Lahad Datu bahawa kerajaan Persekutuan komited menggagalkan usaha kumpulan itu.

Usaha gigih kerajaan noktahkan tuntutan kumpulan Sulu - Pemimpin Sabah
Kerjasama erat dan usaha gigih semua pihak berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah dalam menangkis tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Kerajaan akan adakan siri jelajah perjelas isu kumpulan Sulu di luar negara - Zahid
Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kumpulan Sulu buat tuntutan di mahkamah untuk dapatkan wang - Azalina
Menurut Azalina, tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi, adalah untuk mendapatkan wang.

Mahkamah Luxembourg benar permohonan Malaysia ketepi perintah penahanan 'waris' kumpulan Sulu
Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu.