SUBANG: Kerajaan menyedari cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian terhadap cabaran yang dialami, terutamanya dari segi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan serta birokrasi berpanjangan yang mungkin menghalang pelabur asing dan domestik untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Yakinlah bahawa kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini," katanya ketika berucap pada Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2022 di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata industri aeroangkasa dan penerbangan disifatkan sebagai antara pemacu utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
"Sebelum pembukaan semula sektor ekonomi, amat penting bagi Kerajaan Persekutuan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor strategik termasuk industri aeroangkasa dan penerbangan," katanya.
Pada masa depan, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mendapat sokongan daripada aktiviti sosial dan ekonomi yang teguh, serta permintaan domestik dan asing yang kukuh berikutan peralihan negara ke fasa endemik COVID-19 dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Momentum pertumbuhan ekonomi diunjurkan kekal kukuh pada suku ketiga 2022, dipacu oleh kemajuan yang memberangsangkan dalam pelancongan dan perdagangan luaran, katanya.
Beliau turut yakin bahawa inisiatif yang dilaksanakan seperti penganjuran SAS akan berperanan sebagai jambatan untuk menghubungkan ASEAN dan peserta industri global serta menarik minat mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
"Ini khususnya dalam bidang penerbangan perniagaan, penerbangan am, helikopter, dron dan penerbangan sukan," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan negeri Selangor (melalui Invest Selangor) telah bekerjasama rapat dengan peserta industri aeroangkasa untuk mengenal pasti bidang kerjasama serta peluang untuk memastikan pertumbuhan yang mampan dalam industri aeroangkasa dan penerbangan negara.
SAS yang dianjurkan selama tiga hari disempurnakan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Tengku Zafrul berkata industri aeroangkasa dan penerbangan disifatkan sebagai antara pemacu utama untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.

Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.

IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.

Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.

AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.

Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.

Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.

Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.

Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).