Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM102 juta kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia susulan penstrukturan tol itu yang dijadual sehingga 2038.
Jelasnya, kerajaan juga akan membayar pampasan sebanyak RM8 juta di tol Bukit Kayu Hitam, Kedah selain penyelesaian pertindihan bayaran di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor.
"Dua tol tersebut iaitu di Batu 3 dan Sungai Rasau sebanyak RM102 juta, kemudian di Bukit Kayu Hitam pula RM8 juta.
"Di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) Johor, kerajaan sudah kenakan road charges, tol itu sudah redundant kita akan offset dengan road charges," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.
Seminar yang bermula hari ini hingga 16 November diadakan di 24 lokasi seluruh negara bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2018.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata pampasan akan dibayar ke atas baki 20 tahun kontrak yang sepatutnya berakhir pada 2038.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol tersebut semasa pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas.
Kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau masing-masing bernilai RM1.10 dan RM1.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 02 2017

JOHARI: Kerajaan akan membayar pampasan sebanyak RM102 juta kepada PLUS Malaysia Bhd (PLUS) susulan pemansuhan bayaran tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor. -Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sembilan bulan singkat untuk rakyat menilai - Amiruddin
Walaupun tempoh itu singkat, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dijaga.

Kerajaan akan bayar pampasan tol RM110 juta kepada PLUS - Johari
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ia susulan penstrukturan tol itu yang dijadual sehingga 2038.

Kerajaan akan rangka pelan pampasan kepada PLUS
Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan merangka pelan dan mengkaji segala pertimbangan, sebelum kerajaan bersetuju membayar pampasan.