KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pengenalan cukai tersebut bertujuan meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang berkemampuan membeli barang bernilai tinggi.
"Namun begitu, cukai tidak akan dikenakan kepada pelancong bagi maksud menggalakkan pelancongan ke dalam negara," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengenai perancangan kementerian secara menyeluruh mengenai langkah reformasi percukaian yang akan diperkenalkan kepada rakyat pada tahun hadapan.
Ahmad berkata menerusi Belanjawan 2024 kerajaan akan mengenakan cukai keuntungan modal (CKM) bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac, 2024 dan hanya melibatkan pembayar cukai syarikat.
Pendapatan cukai itu dianggarkan berjumlah RM800 juta setahun, katanya.
Beliau berkata skop perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 akan diperluas bagi meliputi perkhidmatan baharu seperti pusat karaoke, pembrokeran dan penajajaminan untuk perkhidmatan selain kewangan serta logistik.
Selain itu, kadar cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus bagi semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, penyediaan ruang parkir kenderaan dan logistik.
Pendapatan cukai itu dianggarkan RM3.45 bilion tambahan pendapatan kerajaan bagi 2024, menurut kementerian itu.
Ahmad berkata kadar duti eksais bagi minuman bergula turut dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter sebagai usaha terus menyokong strategi untuk meningkatkan kesihatan rakyat.
"Pengenaan duti eksais turut diperluas kepada tembakau kunyah bagi tujuan menyamaratakan layanan cukai ke atas semua produk tembakau.
"Seterusnya, mulai 1 Jan, 2025 kerajaan juga akan melaksanakan Global Minimum Tax atau GMT iaitu pengenaan kadar cukai efektif minimum di peringkat global pada kadar 15 peratus," katanya.
Beliau berkata di bawah GMT, negara atau jurisdiction yang terlibat akan diberi hak untuk mengenakan perbezaan kadar cukai atau top-up tax sekiranya pentadbir percukaian negara syarikat pemastautin tidak mencukai atau mengenakan cukai efektif minimum pada kadar kurang daripada 15 peratus.
Ahmad berkata kerajaan sentiasa komited dan proaktif dalam mengekang ketirisan hasil cukai dengan menangani masalah kegiatan ekonomi bayangan.
"Menyedari kepentingan data dan maklumat bagi memerangi ketirisan hasil cukai, kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sedang melaksanakan dua inisiatif utama, iaitu penggunaan Tax Identification Number atau TIN dan E-Invois," katanya.
Kementerian Kewangan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan pada 7 Jan 2023, untuk mengkaji sistem percukaian sedia ada dan mengemukakan cadangan untuk menambahbaik, memperbaharui dasar dan sistem pentadbiran percukaian negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Ahmad berkata, pengenalan cukai tersebut bertujuan meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang berkemampuan membeli barang bernilai tinggi. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.