KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada penyaluran peruntukan RM50 juta bagi menyelenggara Laluan Persekutuan yang sering digunakan oleh kenderaan berat di sekitar jalan Pelabuhan Klang, Selangor, tahun depan.
KKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyaluran secara Geran Padanan itu bertujuan memastikan Laluan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selasa kepada semua pengguna jalan raya.
"Senarai lokasi ini (penyelenggaraan) perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah rawatan yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang," menurut kenyataan itu.
Pada tahun ini, sejumlah RM16.349 juta diperuntukkan di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen, Jambatan dan Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Jalan Persekutuan Daerah Klang.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan tinjauan ke Klang hari ini untuk melihat sendiri keadaan jalan di lokasi aduan dan beberapa kawasan yang sering berlaku kemalangan di Laluan Persekutuan yang keseluruhannya sepanjang 185.067 kilometer.
Di samping itu, Nanta turut meninjau lokasi kemalangan di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di Klang, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal, pada 18 Nov lepas.
Menurut KKR sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam memastikan infrastruktur awam disenggara dengan baik dan selamat, aplikasi MyJalan KKR merupakan satu daripada inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.
Aplikasi itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya akibat kerosakan jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Lokasi kemalangan di Laluan Persekutuan FT3217, Jalan Industri Meru Seksyen 9.3 di Klang, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal, pada 18 Nov lepas. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Penunggang motosikal maut langgar lubang jalan di Kota Kinabalu
Mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan dari arah City Mall menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.

Remaja wanita maut digilis, motosikal terjatuh langgar lubang
Seorang wanita maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan akibat terlanggar lubang di bahu jalan, sebelum digilis sebuah kereta dekat Jalan Ipoh-Lumut, di sini pada Rabu.

Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.

Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.

Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.

Warga emas patah tangan, enam jahitan jatuh langgar lubang
Mohd Razali dirawat di Hospital Gua Musang sejak tengah hari Sabtu dan setakat malam tadi masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.