AYER KEROH:Kerajaan akan menyegerakan pertambahan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, ia perlu disegerakan bagi membantu mengurangkan isu keganasan membabitkan kanak-kanak di negara ini.
Beliau berkata, buat masa ini kerajaan telah meluluskan 377 Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah JKM bagi fasa pertama tahun ini.
Beliau berkata, jumlah itu masing-masing merangkumi 208 Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan 169 Pegawai Akhlak.
“Peranan ini dia bukan sahaja mengambil aduan, dia kena melihat secara keseluruhan, sebab itu kita perlukan penambahan sebagai contoh kalau kita ada anak yang mungkin ada isu dan sebagainya.
“Dia kena menyiasat keseluruhan mungkin dari segi persekitaran, dari segi kekeluargaan, sokongan dan sebagainya dia perlu dilihat secara itu. Sebab kita menyelesaikan masalah kanak-kanak ini dia bukan hanya masalah yang ada di depan mata sahaja tetapi perlu dilihat secara holistik,” katanya kepada pemberita di Sungai Putat, Melaka hari ini.
Tambahnya, ketika ini JKM mempunyai seramai 264 Pegawai Pelindung dan 200 Pegawai Akhlak sedia ada di seluruh negara.
Terdahulu beliau menziarahi keluarga angkat kanak-kanak tujuh tahun yang ditemui maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya Jumaat lalu.
Sementara itu, mengulas mengenai kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu, beliau menyeru orang ramai untuk lebih peka terhadap persekitaran mereka dan melaporkan kepada pihak berkaitan sekiranya terdapat perkara mencurigakan berkaitan keganasan rumah tangga atau keganasan kanak-kanak.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jan 31 2021

Rina (kanan) sewaktu menziarahi keluarga angkat kanak-kanak tujuh tahun yang ditemui maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya Jumaat lalu. - Foto Astro AWANI

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.

8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.

711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.

JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.

Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.

268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.

Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.

Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.