Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan menurut beliau, yang berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang.
"Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa amat tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah undang-undang.
"Walaupun mereka (pentadbiran sebelum ini) menghapuskan undang-undang berkenaan, namun mereka gantikan dengan undang-undang lapuk yang lain.
"Namun kerajaan baharu akan memansuhkan undang-undang itu dan memperkenalkan undang-undang baharu.
"Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim," katanya pada Jumaat, semasa berucap pada pelancaran Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA, yang pertama di sini.
Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.
Dr Mahathir berkata, terdapat prosidur yang perlu dipatuhi bagi memperkenalkan undang-undang baharu yang akan menggantikan undang-undang zalim.
Kerajaan perlu mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan undang-undang zalim itu yang diwarisi daripada kerajaan sebelum ini, katanya.
"Terdapat prosedur yang (kita) perlu dijalani. Kita perlu mendapatkan majoriti dua pertiga untuk mengubah sebarang undang-undang yang memberi kesan kepada perlembagaan.
"Memandangkan tidak terdapat dua pertiga (majoriti), kita terikat dengan undang-undang lama, tiada majoriti untuk menukar undang-undang itu," jelas beliau.
Mengutarakan satu contoh, Dr Mahathir berkata apabila kerajaan berusaha untuk memansuhkan undang-undang anti-berita palsu untuk faedah rakyat pada September tahun lepas, beberapa ahli Parlimen tidak mempunyai pandangan dan fikiran yang sama.
"Kita perlu memansuhkan undang-undang yang lama dan zalim itu. Contohnya, anti-berita palsu, tetapi (kita) hanya mendapati sesetengah ahli dalam Dewan Rakyat tidak mahu dimansuhkan undang-undang berkenaan.
"Kita perlu menghentikan rakyat daripada memuatkan berita palsu dalam media sosial. Ia memberi kesan kepada kerajaan," katanya.
Dr Mahathir berkata, adalah penting kepada kerajaan untuk mengganti dan mengubah undang-undang zalim, terutama yang diperkenalkan sejak kemerdekaan dan kini sudah lapuk dan tidak relevan.
"Ia bukan hanya mengenai peraturan undang-undang sahaja, tetapi peraturan undang-undang yang baik. Kita mencapainya menerusi demokrasi, oleh orang yang mengundi yang mendukung idea peraturan undang-undang.
"Jika anda mempunyai orang yang sedemikian dan mereka mengepalai kerajaan tetapi mengabai atau menyalahguna undang-undang itu, ia amat tidak baik untuk negara.
"Anda boleh lihat daripada kerajaan sebelum ini yang menyokong dan meluluskan undang-undang zalim di Parlimen. Dan kini, kita berusaha untuk menguraikan undang-undang zalim ini tetapi bukanlah sesuatu yang mudah seperti kita fikirkan," katanya.
Perdana Menteri berkata, apabila Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional, ia bukanlah hanya untuk menukar rejim sahaja tetapi juga menubuhkan sebuah pentadbiran yang lebih baik menggunakan pendekatan baharu termasuk peraturan undang-undang.
Dr Mahathir berkata, ini kerana rakyat menjangkakan perubahan cepat atau akan mengutuk kerajaan sekiranya ia gagal menunaikan janji pilihan raya umumnya.
Beliau mengakui bahawa memang senang untuk membuat janji pada pilihan raya umum tetapi bukan mudah untuk melaksanakan manifesto itu.
"Kami adalah mangsa terhadap manifesto kami. Kami akan mematuhi janji kami seboleh mungkin, tetapi ia bukan mudah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019

Dr Mahathir menyampaikan ucaptama pada Persidangan LAWASIA Constitutional & Rule Of Law di Petaling Jaya, 4 Okt, 2019. --fotoBERNAMA

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Kerajaan akan tadbir Malaysia mengikut peraturan undang-undang, kata Mahathir
Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang.