PUTRAJAYA: Kabinet pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan di Sarawak pada Mei depan bagi memberi penekanan pentingnya aspek perpaduan dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perincian mengenai sambutan tersebut akan diumumkan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Bercakap pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini semalam, Fahmi berkata sambutan tersebut adalah sebahagian daripada ikhtiar dan usaha Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan elemen bersatu padu dalam kalangan masyarakat seterusnya penting bagi mewujudkan suasana stabil selain dapat menarik pelabur luar.
"Insya-Allah, setelah menteri umumkan perinciannya kita akan melihat secara menyeluruh apakah ikhtiar Kerajaan Perpaduan untuk memastikan rakyat terus bersatu padu dalam usaha mengembalikan keyakinan dan membangunkan semula ekonomi negara," katanya.
Fahmi turut menyentuh mengenai pelaburan baharu daripada Amazon Web Services (AWS) bernilai RM25.5 bilion, yang memberi petanda bahawa kerajaan yang ada ketika ini sangat stabil.
Pada Khamis, penyedia perkhidmatan awan antarabangsa AWS mengumumkan pelaburan berkenaan dalam tempoh 15 tahun untuk wilayah infrastruktur baharunya di Malaysia, sekali gus mengesahkan kepentingan negara yang semakin membangun sebagai hab digital pilihan di ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Fahmi bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Penganjuran Minggu Perpaduan penting dalam semarakkan semangat rakyat - PM
Ia mampu menyebarkan kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya dan segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme.

Kerajaan anjur Minggu Perpaduan di Sarawak Mei ini
Ia sebahagian daripada ikhtiar dan usaha Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan elemen bersatu padu dalam kalangan masyarakat.

Sambutan Minggu Perpaduan perkasa penghayatan lima prinsip rukun negara
Hasrat utama penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.