KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan umum telah dikeluarkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat perkara tersebut mengikut lunas perundangan.
Jelas beliau, setakat ini kerajaan masih belum dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan kerugian, seperti yang dilapor oleh EMIR Research iaitu mencecah RM4.5 trilion.
“Saya sudah bagi arahan kepada SPRM, LHDN, BNM, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk mengambil apa sahaja langkah mengikut jalur perundangan untuk bertindak.
“Ada orang mengatakan mengapa saya suarakan? Saya suarakan supaya orang sedar dan kita suarakan lawan rasuah pun ada orang takut. Kita kena suarakan tetapi saya tidak boleh berikan atau tunjuk satu persatu melainkan arahan umum.
“Kerana ada orang-orang yang diketahui rasuah berbilion, dan dah berpuluh tahun selamat sebab tak berani sentuh,” kata Perdana Menteri, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Malaysia Madani @Dataran Merdeka, yang dihadiri puluhan ribu pengunjung hari ini.
Media melaporkan, menurut Badan pemikir EMIR Research, Malaysia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.
EMIR Research turut menjelaskan anggaran kerugian yang dihadapi negara bermula dari Krisis Kewangan Asia pada 1997 sehingga tahun ini adalah secara konservatif dan jumlahnya berkemungkinan lebih besar.
Tegas Perdana Menteri, usaha mengekang rasuah dan penyelewengan merupakan suatu keputusan dasar yang sangat serius walaupun ia mendapat serangan daripada kelompok-kelompok tertentu.
“Tetapi saya sudah ambil satu keputusan dan tekad bahawa masalah Malaysia ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini, dan ini memerlukan tekad politik yang jelas dan tegas.
“Bukan soal kaum, atau bukan soal penganut agama berbeza. Dia soal karakter, soal akhlak, dan nilai.
“Walaupun ini dipermainkan tetapi saya faham masalah ini dan kita mahu rakyat faham dan bersama menyerang dan menghentikan (rasuah),” ujarnya lagi.
Anwar menambah, siasatan tidak membawa apa-apa makna jika ia hanya dilakukan di peringkat bawah.
“Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis atau LHDN ambil tindakan di peringkat bawah tetapi di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu berpuluh-puluh bilion ringgit.
“Itu sebab saya bagi arahan umum dan harap rakyat Malaysia tidak kira kaum, parti bagi sokongan,” katanya.
Hasimi Muhamad
Sat May 13 2023

Anwar berkata, setakat ini kerajaan belum dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan kerugian, seperti yang dilapor oleh EMIR Research iaitu mencecah RM4.5 trilion. - Gambar/ Bernama
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.