KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) mencadangkan agar kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggubal Akta Perkhidmatan Awam.
Presiden Alumni PTD Tan Sri Abdul Halim Ali berkata langkah itu bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang profesional dengan persempadanan fungsi, bidang kuasa serta tanggungjawab yang jelas antara pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam.
"Adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang campur tangan politik dalam proses pelantikan perkhidmatan awam serta dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan terutamanya dalam urusan pemberian kontrak.
"Penemuan-penemuan audit menunjukkan ketirisan yang berterusan dan kerugian besar yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi kewangan yang standard akibat gangguan tersebut," katanya dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri hari ini.
Beliau berkata dalam hal ini, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah dibenarkan untuk menguruskan fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai pegawai pengawal mengikut peraturan dan prosedur serta tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Abdul Halim berkata Alumni PTD juga meminta kerajaan melaksanakan kajian semula institusi dan organisasi yang menyeluruh terhadap perkhidmatan awam memandangkan perubahan teknologi yang pesat, revolusi digital dan trend mega global.
"Tambahan lagi, terdapat keperluan untuk mengkaji semula pakej imbuhan dan emolumen bagi anggota-anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam supaya dapat dipastikan ia setara dengan pekerjaan, kelayakan serta prestasi yang berkaitan dan pada masa sama, adalah dimampukan," katanya.
Beliau juga berkata Alumni PTD berpandangan bahawa pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam harus berusaha seiring untuk memperkukuh amalan tadbir urus yang baik melalui kajian semula Perintah Am, Arahan Kewangan dan peraturan lain berkaitan semangat Bersih, Cekap dan Amanah.
Katanya setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah mengangkat sumpah perkhidmatan sebagai bukti komitmen mereka terhadap tadbir urus yang baik serta berintegriti manakala pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam perlu komited memerangi rasuah yang merupakan satu kebimbangan serius dalam kalangan rakyat.
Bagi menguruskan proses pemulihan ekonomi pula, Abdul Halim berkata Alumni PTD mencadangkan supaya pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam bekerjasama untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat antaranya peningkatan kos sara hidup serta kekurangan peluang pekerjaan.
Katanya pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam juga hendaklah lebih serius terhadap keperluan penjimatan manakala penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus kekal sebagai satu usaha keutamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Abdul Halim berkata langkah itu bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang profesional dengan persempadanan fungsi, bidang kuasa serta tanggungjawab yang jelas antara pihak pentadbiran dan perkhidmatan awam. - Gambar/ Bernama

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.