KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka menanggung kos rawatan kira-kira RM369 juta setahun pada 2030 bagi penyakit rokok elektronik atau kerosakan paru-paru berkaitan penggunaan produk vaping (EVALI) sekiranya tiada kawalan undang-undang dilaksanakan.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kementerian Kewangan menganggarkan hasil kutipan cukai vape kira-kira RM500 juta setahun, namun kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
"Ini dijangka meningkat sehingga RM369 juta setahun pada 2030. Jika tiada kawalan dibuat berkaitan rokok elektronik atau vape melalui rang undang-undang ini, maka lebih ramailah yang akan terdedah kepada risiko komplikasi penyakit akibat penggunaan rokok elektronik," katanya.
Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata berdasarkan laporan kos langsung penjagaan penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia dikeluarkan pada 2022, jumlah kos rawatan bagi NCD utama yang boleh dikaitkan dengan komplikasi merokok seperti kardiovaskular, kanser dan diabetes pada 2017 dianggarkan berjumlah RM9.65 bilion.
Beliau berkata unjuran anggaran rawatan untuk merawat tiga penyakit kronik kardiovaskular, kanser dan penyakit paru-paru kronik akibat komplikasi merokok pula adalah RM8.77 bilion menjelang 2030.
Kos rawatan itu katanya jauh lebih tinggi daripada kutipan cukai rokok yang dianggarkan sekitar RM2 hingga 3 bilion setahun manakala kajian pada 2019 melaporkan tabiat merokok dianggarkan menyebabkan kehilangan produktiviti sebanyak RM275.3 bilion.
Terdahulu pada sesi perbahasan, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) dan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) bertanyakan mengenai kos rawatan penyakit berbanding kutipan cukai produk merokok.
Berhubung peruntukan generasi penamat rokok (GEG) yang digugurkan daripada rang undang-undang itu, Dr Zaliha berkata perkara itu akan diteliti dari semasa ke semasa selepas penguatkuasaan serta memantau kesan rang undang-undang itu terhadap penurunan prevalens merokok.
"Semangat pada hari ini adalah untuk meluluskan terlebih dahulu rang undang-undang yang sangat komprehensif ini terhadap produk merokok, bahan-bahan merokok dan produk mengganti rokok dan ia perlu dilaksanakan segera...insya-Allah, jika ada keperluan pada ketika itu, kita boleh bawa kembali isu GEG ini," katanya.
Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 itu lulus dengan suara majoriti selepas dibahas 27 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
![Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701340935_TBmenterikesihata.jpg)
Kementerian Kewangan menganggarkan hasil kutipan cukai vape kira-kira RM500 juta setahun, namun kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit. - Gambar fail
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737823078_Lembu.jpg)
Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.
![New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710136751_xray.jpg)
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
![Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731403184_seoulkoreaselatan.jpg)
Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol
Ini merupakan kematian pertama dilaporkan akibat penyakit ini sejak KDCA mula mengumpul data berkaitan pada 2011.
![Korea Selatan sahkan kes baharu LSD Korea Selatan sahkan kes baharu LSD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730196807_LSD.jpg)
Korea Selatan sahkan kes baharu LSD
Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang lembu di Wonju, 86 kilometer tenggara Seoul.
![Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023 Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728033528_Seoul.jpg)
Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023
Kanser menyebabkan 166.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk Korea Selatan pada 2023, meningkat daripada 162.7 kematian pada tahun sebelumnya.
![Penyakit 'bluetongue' dikesan di Czech, kali pertama dalam tempoh 15 tahun Penyakit 'bluetongue' dikesan di Czech, kali pertama dalam tempoh 15 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725704626_tbSheepGeneric.jpg)
Penyakit 'bluetongue' dikesan di Czech, kali pertama dalam tempoh 15 tahun
Penyakit itu dikesan pada bangkai seekor biri-biri jantan di sebuah ladang berhampiran sempadan Jerman.
![Penyakit ternakan 'bluetongue' dikesan di Republik Czech Penyakit ternakan 'bluetongue' dikesan di Republik Czech](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644826176_genericbiribiri.jpg)
Penyakit ternakan 'bluetongue' dikesan di Republik Czech
Penyakit itu dikesan pada seekor kambing biri-biri pembiakan melalui ujian makmal, menurut Kementerian Pertanian di Prague.
![Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256 Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722492099_landslidesite.jpg)
Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256
Fokus utama adalah untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit di kawasan terjejas memandangkan hujan berterusan dan banyak mayat masih tertimbus.
![Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720171384_southernGazaStrip.jpg)
Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza
Amaran telah dikeluartkan tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya.
![Pemeriksaan kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati Pemeriksaan kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713347200_TBdoctor.jpg)
Pemeriksaan kesihatan berkala: Mencegah lebih baik daripada mengubati
Masyarakat hari ini sering mengabaikan kesihatan kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mendesak dalam dunia serba pantas.