KUCHING: Kementerian Pertahanan membelanjakan lebih RM5 juta untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata tahun ini sejumlah 44 pembinaan rumah baharu untuk anggota tentera di seluruh negara telah diluluskan.
"Sebahagian daripada pembiayaan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan sebahagian lagi melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kos pembinaan bagi di Semenanjung RM85,000 manakala Sabah dan Sarawak RM95,000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri penyerahan rumah Program Inisiatif Perumahan JHEV di Kampung Tanjung Bowang, Singai di sini, pada Khamis.
Bagi Zakaria Abdullah, 65, yang merupakan veteran ATM dan penerima rumah di bawah progam itu, beliau amat bersyukur kini telah mempunyai rumah sendiri setelah terpaksa menyewa rumah sejak tahun 2000.
"Sebelum itu saya duduk menumpang di rumah orang tua (ibu bapa) saya, kemudian ambil keputusan untuk menyewa. Apabila dapat tahu mengenai program itu, saya pun memohon dan buat semakan di SPNB. Ini kali pertama saya dapat bantuan rumah," katanya.
Sementara itu Kementerian Pertahanan dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM adalah terbuka kepada veteran atau balu yang berpendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan yang telah ditetapkan.
Melalui kuota program ini, veteran ATM akan menerima dua peringkat bantuan iaitu subsidi di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat yang dikawal selia oleh SPNB berjumlah RM20,000 dan bantuan perumahan JHEV ATM berjumlah RM 65,000 untuk Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak berjumlah RM75,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Adly berkata tahun ini sejumlah 44 pembinaan rumah baharu untuk anggota tentera di seluruh negara telah diluluskan. - Foto fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

JHEV perhalusi kenaikan kos bina rumah baharu veteran ATM
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memperhalusi kenaikan kos pembinaan rumah baharu untuk veteran atau waris anggota tentera.

Nahas treler: Sultan Pahang berhasrat kurnia rumah baharu buat keluarga mangsa
Perkara itu dititahkan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah ketika baginda berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa di rumahnya.

Tanah runtuh: Kerajaan Terengganu bina kediaman baharu untuk keluarga terjejas
Kerajaan negeri menerusi Tabung Bencana Negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM140,000 bagi pembinaan rumah tersebut.

LZS lancar 'Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat' galak umat Islam tunai kewajipan
LZS melancarkan 'Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat' sebagai galakan dan seruan kepada umat Islam khususnya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir 2023.

Kerajaan belanja lebih RM5 juta untuk bina, baik pulih rumah veteran ATM - Adly
Kementerian Pertahanan membelanjakan lebih RM5 juta untuk pembinaan rumah baharu serta baik pulih veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Agong serah rumah sumbangan MUIP kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan rumah baharu sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf.

Rezeki Ramadan, ibu tunggal dapat rumah baharu percuma
Bagi ibu tunggal, Siti Norizan Hasan@Husin, 43, dari Kampung Bapong, dia menzahirkan rasa gembira dan terharu apabila impian memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

Hadiah bermakna buat Che Ta di usia 50 tahun, berpindah ke banglo mewah RM10 juta
Banglo yang terletak di Petaling Jaya itu akhirnya siap juga selepas empat tahun hadapi pelbagai masalah.

Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.