PERMATANG PAUH: Kerajaan belum membincangkan secara terperinci berkenaan subsidi barangan tertentu yang turut dinikmati warga asing dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata meskipun perkara itu ada disebut di luar Kabinet, namun ia belum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.
"Dalam sebarang perkiraan, semestinya kerajaan akan meneliti secara keseluruhan agar manfaat program subsidi ini ditujukan kepada kumpulan yang paling memerlukan, dan kita utamakan semestinya rakyat Malaysia.
"Namuun waktu ini Kabinet belum membincangkan perkara ini secara khusus," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai dekat sini hari ini.
Fahmi berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membincangkan mengenai sebarang subsidi barangan yang turut dinikmati warga asing.
Sementara itu berkenaan laporan media berkaitan seniwati Datuk Sarimah Ahmad, 82, yang memohon seorang penerbit terkenal mengembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 36 tahun lalu sebelum penerbit itu meninggal dunia, Fahmi berkata beliau akan meneliti perkara itu dan akan berhubung dengan pelakon berkenaan dalam masa terdekat.
"Dalam kes seperti Datuk Sarimah, oleh kerana ia adalah satu perkara yang khusus di antara dua pihak, jadi saya perlu pemahaman dalam kes ini dengan lebih terperinci, dan insya-Allah kita akan cuba lihat apa yang boleh kita lakukan untuk bantu beliau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata meskipun perkara itu ada disebut di luar Kabinet, namun ia belum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
AWANI Borneo [22/2/2025] – Air Oh Air | Ramadan | Pembangunan Luar Bandar
#AWANIBorneo bersama Nickyson Nyambar
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.