Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 'jalan tikus' di kawasan sepanjang kira-kira 700km sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.
Katanya beliau juga dijadualkan menemui menteri besar Perlis, Kedah dan Kelantan tidak lama lagi untuk memaklumkan arahan terbaru Kementerian Dalam Negeri kepada petugas keselamatan sempadan negara untuk meningkatkan lagi pengawasan.
GALERI FOTO:
Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Padang Besar
Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Wang Burma
Beliau berkata pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan perlu diperkukuhkan supaya tiada lagi individu yang boleh keluar atau masuk sesuka hati dengan hanya "mengangkat tangan atau menganggukkan kepala sahaja".
"... dahulu memang dipinta oleh kerajaan negeri (pelbagai kelonggaran) dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan, sekarang saya nak berbincang dengan MB negeri terbabit untuk beritahu sendiri secara rasmi bahawa tiada lagi hanya 'angguk atau angkat tangan sahaja' untuk melintasi sempadan negara," katanya.
Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Muara Tebas, kira-kira 30km dari sini, hari ini.
Isu sempadan mula menjadi perhatian ramai ekoran penemuan kem haram dan kubur di Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini yang dikatakan menempatkan pendatang asing yang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia.
Bernama
Sat May 30 2015

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) beramah mesra dengan anggota Batalion 1Briged Utara Pasukan Gerakan Am semasa melakukan lawatan di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Wang Kelian pada Mei 28. - Foto Bernama

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.

RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.

RCI Wang Kelian: Akaun bank rakyat Malaysia dikesan - Saksi
Seorang saksi hari ini mendedahkan wujudnya nombor akaun bank warga tempatan dalam bentuk dokumen yang dijumpai di kem pendatang tanpa izin (PATI) di Bukit Wang Burma pada 2015.

RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.

RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.

PDRM kenal pasti tujuh sindiket pemerdagangan manusia - Khalid
Empat sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai 20 rangkaian dikenal pasti aktif di Perlis manakala tiga sindiket dengan 17 rangkaian aktif di Kedah.

Fasa kedua menggali tapak kubur diteruskan Rabu ini - Polis
Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata pihak penyiasat akan menggali di empat kawasan yang mengandungi 91 tapak kubur pada 3 Jun.

Satu lagi kem transit sindiket pemerdagangan manusia dikesan
Satu lagi kem transit pemerdagangan manusia dikesan di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh terletak kira-kira 100 meter dari sempadan Thailand.

Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan
Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.