SEREMBAN: Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutamanya dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin.
"Ini antara maklum balas dalam sesi Dialog Belanjawan 2023 bersama kerajaan negeri. Kerajaan pusat kini mencari tanah kosong dan terbiar...GLC di bawah kementerian yang mempunyai kewangan mencukupi dapat membangunkan tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.
Ia turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta penjawat awam, pekerja swasta, teknorat, badan bukan kerajaan dan ahli akademik bagi memastikan penyediaan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini lebih menyeluruh.
Sementara itu, beliau berkata Belanjawan 2023 tertumpu kepada usaha untuk menangani isu kos sara hidup dan pekerjaan rakyat, memperkukuh ekonomi negara, melaksanakan reformasi institusi, pengurusan bencana dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
Ahmad berkata pada sesi dialog hari ini, antara cadangan diberikan oleh pihak kerajaan negeri adalah peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan, empangan, pelaburan berkualiti serta membincangkan masalah kesesakan trafik di Seremban-Kuala Pilah-Jempol terutamanya ketika musim cuti umum.
Menurutnya, MoF mengalu-alukan penglibatan semua lapisan masyarakat bagi memastikan proses penyediaan Belanjawan 2023 lebih telus dan inklusif sekali gus mempelawa orang ramai memberikan cadangan dan pandangan di laman khas bajet di www.mof.gov.my sehingga 10 Februari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Sembilan hari ini. - Foto BERNAMA

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.

Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.

KKDW diminta kenal pasti tanah sesuai untuk penanaman kelapa
Kata Ahmad Zahid, KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.

Kerajaan cadang usahakan tanah terbiar untuk pertanian moden - Ahmad Maslan
Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.

Bajet 2023: Manfaat tanah terbiar bantu tingkat sekuriti makanan
Kerajaan akan terus memperkasa sekuriti makanan supaya tidak lagi bergantung kepada bekalan import agar mampu berdaya tahan daripada sebarang kejutan pada masa hadapan.

Melaka beri kebenaran usahakan tanah terbiar untuk tanaman
Pembangunan tanah-tanah terbiar itu dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

Bangunkan tanah terbiar antara usaha jamin sekuriti makanan negara - Ronald
Membangunkan tanah terbiar untuk pertanian adalah antara pendekatan yang akan diambil kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin.

Parlimen: Kerajaan terbuka kepada cadangan majukan tanah terbiar
Mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun orang perseorangan boleh memohon untuk membangunkan tanah terbiar.