SUNGAI SIPUT: Kerajaan bercadang mewujudkan lebih banyak Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti itu sebagai nadi penggerak aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan sekitarnya.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata sebagai permulaan, OAOSC Bawong, Sungai Siput yang beroperasi sejak 2021 memberi manfaat kepada kira-kira 7,200 penduduk Orang Asli daripada 39 perkampungan.
Katanya, pusat itu merupakan projek perintis manakala sebuah lagi akan dibina di Gua Musang, Kelantan tahun depan.
"Pusat sehenti ini siap dibina pada 2020 dengan kos RM166.4 juta yang berfungsi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar selain meningkatkan penglibatan Orang Asli dalam ekonomi, sosial, kebudayaan termasuk memaksimumkan sistem perkhidmatan kerajaan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan OAOSC Bawong, Sungai Siput sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 yang disambut 9 Ogos lepas.
Turut hadir Pengerusi Sekreteriat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Masyarakat Orang Asli, Datuk Ramli Mohd Nor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Sapiah Mohd Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun.
Sementara itu, beliau berkata pengambilalihan tanah untuk OAOSC di Gua Musang telah dilakukan tahun lepas dan kerja-kerja pembinaan bakal dimulakan tahun depan selepas proses penilaian kesesuaian tanah selesai, serta dijangka siap pada 2028.
"Hala tuju penubuhan OAOSC ini mempunyai enam hab operasi iaitu perkhidmatan awam dan swasta, perniagaan, kegiatan belia, pelancongan, pendidikan dan perbankan serta kewangan.
"Saya berkeyakinan bahawa ia dapat melonjakkan aktiviti ekonomi setempat selain memberikan akses dan manfaat khasnya kepada masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan (perkhidmatan) yang telah dan akan disediakan," katanya.
OAOSC Bawong terletak di lokasi strategik bersebelahan sekolah, berdekatan tujuh penempatan utama Orang Asli iaitu Kampung Bawong, Pos Perwor, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap, Pos Yum, Pos Kuala Mu, Pos Poi dan Pos Piah.
Pusat itu turut menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA Daerah serta kedai usahawan Orang Asli yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya spa, gunting rambut, barangan kraf dan banyak lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Rubiah (tiga, kiri) hadir bersama Ramli (tiga, kanan), Sapiah (dua, kiri) dan Zolkafly (kiri) pada majlis perasmian OAOSC Bawong sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 di Sungai Siput semalam. --fotoBERNAMA
Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.
Kemboja rancang perluas perkhidmatan 5G mudah alih
Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja diarah untuk menyediakan pelan induk bagi melaksanakan perkhidmatan 5G mudah alih di seluruh negara.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Perdana Menteri Hun Manet berkata, langkah ini diambil sebagai usaha memodenkan infrastruktur telekomunikasi negara dan memenuhi keperluan digital masa depan.
Indonesia akan bina tiga loji janakuasa solar tingkat tenaga hijau
Indonesia bakal memulakan pembinaan tiga loji janakuasa solar di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Sumatera Barat dengan kapasiti gabungan sebanyak 220 megawatt-peak.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Arifin Tasrif berkata, ia akan dibangunkan oleh syarikat tenaga tempatan dengan kerjasama pelabur antarabangsa.
ASEAN seru Pakistan sokong Visi 2045, kesalinghubungan dan kerjasama Indo-Pasifik
ASEAN menyeru Pakistan supaya menyokong Visi Komuniti ASEAN 2045 yang akan datang serta Pelan Strategiknya, selain memperkukuh kerjasama dalam empat bidang utama yang digariskan dalam Pandangan ASEAN terhadap Indo-Pasifik.
EV Proton: Kilang pemasangan perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan
Kilang pemasangan EV pertama di Malaysia itu telah membuka lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga Tanjung Malim, sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.
Ekonomi: Tuntutan pengangguran mingguan AS meningkat sedikit
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 11,000 kepada 219,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 1 Februari.
Panama undur diri daripada inisiatif jalur dan laluan China
Inisiatif yang juga dikenali sebagai Laluan Sutera Baharu itu merangkumi pelbagai projek kerjasama perdagangan dan infrastruktur antara China dengan lebih 150 negara di seluruh dunia.
Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.
MRCB: Nilai perolehan kontrak tahun ini dijangka naik antara RM4 bilion - RM5 bilion
Hong Leong Investment Bank Bhd berkata langkah ini akan meningkatkan dengan ketara nilai perolehan kontrak luarannya berbanding paras semasa RM4 bilion.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC menjelaskan ia diadakan susulan aduan rakyat mengenai kenaikan harga tidak terkawal dalam sektor hospital swasta, premium insurans dan impaknya kepada sistem kesihatan awam.
Kerajaan cadang wujud lebih banyak OAOSC untuk kemudahan Orang Asli
OAOSC Bawong, Sungai Siput memberi manfaat kepada kira-kira 7,200 penduduk Orang Asli daripada 39 perkampungan sejak beroperasi pada 2021.