Kerajaan dalam usaha untuk memastikan tujuh negeri yang belum bersetuju untuk meminda enakmen berkaitan penetapan had umur minimum perkahwinan kanak kanak bawah umur kepada 18 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, berkata perkara itu akan dibangkitkan sekali lagi dalam siri pertemuan yang akan dihadiri pimpinan tertinggi peringkat negeri, termasuk Majlis Agama yang dipengerusikan Perdana Menteri pada tahun depan.
Katanya, tujuh negeri yang tidak bersetuju meminda perundangan berkaitan adalah Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.
Beliau tidak menolak kemungkinan negeri yang belum melaksanakannya itu disebabkan mereka masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
"Di pihak kita, kami sudah bercakap dengan semua majlis agama Islam negeri tentang mengehadkan umur bawah umur dan ada beberapa negeri yang masih tidak mahu melaksanakan dalam bentuk enakmen walaupun kita sudah yakin dan sudah maklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pembangunan Wanita," katanya selepas melancarkan 10 siri Buku Rahmah di Hotel Ixora, di Perai pada Rabu.
Dalam pada itu, ditanya sama ada wujud campur tangan politik di sesetengah negeri yang mempengaruhi kepada persetujuan bagi meminda enakmen itu, Mujahid berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenainya.
Namun mengakui lebih mudah berinteraksi dengan negeri yang sama pentadbirannya dengan Kerajaan Persekutuan berbanding ditadbir pembangkang.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa paltform yang boleh digunakan untuk berhubung dengan negeri berkenaan bagi membincangkan mengenai isu terbabit.
Antaranya menerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang akan bertemu tiga kali setahun dengan dihadiri Ketua Menteri, Menteri Besar, Exco Agama dan Yang Dipertua Majlis Agama.
Selain itu, Mujahid berkata keputusan juga boleh dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan Majlis Agama Islam negeri berkenaan perlu akur dengan keputusan itu.
Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sesi Dewan Rakyat memaklumkan Kerajaan sedang menyiapkan Draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur yang kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Pelan mengandungi program tindakan membabitkan 61 agensi peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri itu dijangka dibentang menerusi memorandum Jemaah Menteri, hujung tahun ini.
Antara langkah diambil bagi mengekang perkahwinan bawah umur ialah menerusi perundangan, selain mengenal pasti punca ia berlaku.
Setakat ini, hanya Selangor yang meminda enakmen ini manakala Wilayah Persekutuan dalam proses melakukan pindaan.
Lima negeri lain yang menyatakan persetujuan meminda perundangan adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.
Tujuh negeri yang tidak bersetuju meminda perundangan berkaitan adalah Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 20 2019

Mujahid berkata keputusan juga boleh dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan Majlis Agama Islam negeri berkenaan perlu akur dengan keputusan itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.