SHAH ALAM: Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan sains, hak asasi manusia dan dekriminalisasi dadah untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.
Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, bagi mencapai objektif tersebut, kerajaan perlu bekerjasama dengan ahli akademik, masyarakat sivil dan sekretariat Program Dasar Dadah bagi menggubal dasar polisi dadah yang progresif, berasaskan bukti serta berperikemanusiaan.
“Berbalik kepada Belanjawan Negara dan perkara nombor 208, yang memfokuskan pada peluang kedua, kami berharap kerajaan kekal dengan konsep Madani dengan memperkasakan masyarakat untuk memahami penggunaan dadah dan mengurus penyalahgunaan dadah sewajarnya.
“Pemenjaraan bukanlah penyelesaian, begitu juga dengan rawatan dadah mandatori seperti pusat serenti.
Pada 13 Oktober, Belanjawan 2024 Ekonomi Madani memberi tumpuan kepada memperkasakan rakyat dan memajukan pertumbuhan negara dengan memperuntukkan RM393.8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi memberi peluang kedua buat penagih dadah mendapatkan rawatan untuk pulih daripada penagihan tanpa dimasukkan ke dalam penjara.
Dalam pada itu, ujar Dr Adeeba, kerajaan juga perlu memperluaskan program rawatan yang komprehensif di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pekerja swasta dengan kerjasama pertubuhan masyarakat sivil seperti Persatuan Pengasih Malaysia serta Komuniti Cakna Terengganu, yang menawarkan rawatan berasaskan komuniti.
“Organisasi berkenaan telah menunjukkan kejayaan dalam menggalakkan mereka yang memerlukan bantuan untuk tampil ke hadapan secara sukarela.
“Mereka turut menyediakan persekitaran komuniti yang saling membantu, di mana lebih bermanfaat dari segi rawatan ketagihan berbanding pemulihan mandatori atau penjara,” ujarnya.
Menurutnya, bukti tempatan menunjukkan bahawa rawatan ketagihan opoid secara komuniti dengan pelaksanaan kaedah terapi agonis atau methadone memperlihatkan 80 peratus kurang risiko ketagihan berbanding program pemulihan mandatori.
“Sudah tiba masanya untuk bergerak jauh daripada ujian air kencing dadah mandatori yang mahal dan tidak berkesan, penangkapan dan penahanan.
“Program pemulihan yang diinstitusikan secara paksa harus digantikan dengan pilihan rawatan berasaskan bukti dalam komuniti.
“Melaksanakan program pentadbiran sivil dalam sistem kesihatan awam akan mengurangkan jenayah dan menghapuskan stigma yang dikaitkan dengan individu yang mengambil dadah,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 23 2023

Dr Adeeba berkata, bagi mencapai objektif tersebut, kerajaan perlu bekerjasama dengan antaranya ahli akademik bagi menggubal dasar polisi dadah yang progresif, berasaskan bukti serta berperikemanusiaan. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan digesa lakukan pembaharuan polisi dadah
Kerajaan digesa melakukan pembaharuan polisi dadah yang berteraskan antaranya hak asasi manusia untuk kegunaan peribadi serta pemilikan.