KUALA LUMPUR: Kerajaan atau pihak penggubal dasar digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasian aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Futurise, Mahadhir Aziz berkata, meskipun pemangkin atau pengubah keadaan MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia yang diumumkan itu dilihat positif dari segi teknologi namun ia harus diselarikan dengan pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan dan agensi.
"Dengan blockchain, kerajaan perlu melihat semula bagaimana mengadaptasi teknologi itu ke dalam (syarikat)," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Menyentuh mengenai enam teras yang digariskan, meskipun teruja, namun Mahadhir memberitahu, ia bulanlah suatu perkara yang baharu.
Kata beliau, ia harus ditekankan dengan pembelian sistem serta peralatan untuk mendigitalkan negara.
Pandangan yang sama dikongsi oleh Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong yang berpendapat latihan perindustrian yang dijalankan kerajaan menerusi agensi berkaitan seperti Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dilihat masih tidak memenuhi keperluan industrian untuk mengadap mengadaptasi pendigital dalam sektor berkenaan.
Menyifatkan berlakunya ketirisan, beliau berkata, ia akhirnya mengakibatkan wujudnya jurang generasi terutamanya melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Latihan industri yang dijalankan oleh agensi seperti HRDF nampaknya masih lagi belum memenuhi keperluan industri, kita mahu PKS untuk mengadaptasi pendigitalan, namun sejauh mana latihan kepada majikan dan pekerja sektor PKS?" soalnya.
Menjelaskannya, kata beliau, Malaysia berada dalam era peralihan generasi, yang masih lagi dikategorikan sebagai kurang celik ilmu teknologi maklumat terutamanya di sektor yang memerlukan kemahiran tinggi seperti pakar rangkaian.
"Maka, saya merasakan kerajaan perlu menekankan kepada lebih banyak latihan perindustrian melibatkan pendigitalan," ujarnya.
Astro Awani
Fri Feb 19 2021

Mahadhir Aziz berkata, pegumuman MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia harus diselarikan dengan pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan. - Gambar hiasan/Pixabay

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.

PENJANA-HRDF: 100 peserta jalani kursus lanjutan solekan
Kursus itu dikendalikan oleh dua jurumekap yang mendapat pengiktirafan Hollywood iaitu Nissa Khan dan Connie Sim.

Lebih 50,000 peluang pekerjaan ditawarkan HPC
Portal sehenti itu bertujuan menyatukan majikan, calon pekerja, penyedia latihan dan jurulatih kerjaya untuk memenuhi keperluan peningkatan modal insan negara.

40 peserta HRDF berjaya tamat kursus salon
40 pelatih tamat kursus pendandan rambut profesional yang dianjurkan A Cut Above Academy bersama Ekuiti Bumiraya Sdn Bhd.

PEMERKASA suntik semangat rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya
Fokus kerajaan melalui PEMERKASA terhadap kelangsungan industri pelancongan dapat menyuntik semangat semua pihak yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain
Kerajaan atau pihak regulator digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.

Kakitangan positif COVID-19, HRDF Perak ditutup dua hari
Pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia Perak, ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi, susulan seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

M Saravanan jalani kuarantin selepas jadi kontak rapat pesakit COVID-19
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan menjalani perintah kuarantin di rumah selama dua minggu mulai hari ini selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.

Kursus kemahiran jahitan jana pendapatan untuk B40
Kursus jahitan baju sekolah yang mensasarkan golongan B40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19 menjana pendapatan dengan hasil secara mini pukal.

Lebih 30,000 peluang pekerjaan ditawarkan melalui penjana HRDF
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada jumlah itu seramai 1,603 orang adalah dari Sabah.

Pengambilan pekerja asing dibeku hingga akhir tahun - Saravanan
Ketika ini terdapat kira-kira dua juta pekerja asing di negara ini.