KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen hari ini menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini.
Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berkata walaupun terdapat peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Kerja 1955 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun terdapat banyak lagi 'grey area' terutama ketika menyentuh mengenai gangguan seksual siber.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial digunakan sepenuhnya sebagai satu daripada platform dalam libat urus.
"Saya juga melihat bahawa model All-Party Parliamentary Group Malaysia-Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) bagi menangani isu wanita adalah bersesuaian, malah boleh digunakan dalam skop yang lebih luas," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 12 Sept lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata draf Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual (AGS) telah mula digubal secara kolektif melalui satu pasukan projek khas dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Sementara itu Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) berkata rang undang-undang berhubung perkara itu perlu segera dibentang dan diluluskan bagi membendung isu ganguan seksual terutamanya di sekolah, asrama dan institut pengajian tinggi.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Murid oleh Kementerian Pelajaran sejak 2011 tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.
Katanya kedua-dua SOP dan garis panduan itu harus digantikan dengan yang baharu selari dengan ketetapan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Kes-kes gangguan seksual di sekolah, asrama dan institut pengajian tinggi adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan. Ia memerlukan campur tangan serius pihak kerajaan dan kementerian-kementerian yang berkenaan," kata bekas Menteri Pendidikan itu.
Hannah Yeoh (PH-Segambut) pula meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera menambah peruntukan untuk Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menambah tenaga kerja yang mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan aduan kes-kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
Beliau juga mencadangkan KDN supaya cawangan khas PDRM memberi tumpuan dan memanfaatkan sumber serta kepakaran polis untuk menangani kes-kes pedofil dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Beberapa Ahli Parlimen menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Parlimen: Gangguan seksual masih kurang dilaporkan - Siti Zailah
Sekiranya tidak dilaporkan, agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.