KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentang Rang Undang-undang Pendanaan Politik dengan kadar segera atau selewat-lewatnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai komitmen memerangi rasuah melibatkan parti politik.
Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn berkata, undang-undang sedia ada lapuk dan tidak lagi relevan digunakan pada masa ini.
Katanya, Majlis Peguam sedang meneliti fasa akhir draf sebelum diserahkan kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) untuk dibawa ke Parlimen.
"Undang-undang sedia ada pada ketika ini sudah tidak bersesuaian kerana tidak menyatakan mengenai sumbangan politik atau dana politik.
"Melihat ke hadapan, dana ini perlu bagi membentuk rakyat yang lebih demokratik, telus, serta mengelak daripada sebarang perilaku rasuah.
"Akta ini juga perlu bagi memperincikan struktur pendanaan itu, seperti siapa yang memberi dana tersebut, pengawalan dana, sama ada membenarkan dana dari negara-negara asing atau tidak, serta orang kenamaan yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Undang-undang Pendanaan Politik anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Majlis Peguam, di sini, semalam.
Cheah menambah, pihaknya juga akan mengambil model akta berkenaan dari negara-negara luar yang sudah menggunakan undang-undang tersebut, seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Kanada, untuk dimasukkan ke dalam draf.
Astro Awani
Fri Jun 24 2022

Cheah berkata, Majlis Peguam akan mengambil model akta berkenaan dari negara-negara luar yang sudah menggunakan undang-undang tersebut, seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Kanada. - Foto ccalaw.com
Belanjawan Singapura: Pelbagai bantuan atasi inflasi, pertumbuhan jadi tumpuan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

BERSIH sokong pengumuman Akta Pendanaan Parti Politik
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong pengumuman bahawa Kabinet bersetuju untuk menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik.

'Tiada undang-undang benarkan sumbangan kepada parti politik' - Azalina
Tiada undang-undang yang berkuat kuasa membenarkan sumbangan dana kepada parti politik ketika ini.

Srikandi Bersatu gesa segerakan Akta Pendanaan Politik, senaraikan yayasan dikecuali cukai
Srikandi Bersatu mendesak agar pelaksanaan Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi memastikan tiada lagi individu menjadi mangsa kezaliman politik.

Jawatankuasa Pilihan Khas teliti Akta Pendanaan Politik akan diumum - Azalina
Ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata perincian berhubung Akta Pendanaan Politik juga akan diperincikan secara bertulis.

Masih banyak mahu dilakukan demi manfaat Keluarga Malaysia - PM
Ini termasuk pengukuhan Institusi Parlimen dan Kehakiman serta membentangkan Akta Pendanaan Politik untuk politik negara yang lebih sihat.

Jika Akta Pendanaan Politik berjaya dibentangkan, perlu ada langkah susulan - IDEAS
Langkah susulan ialah seperti deklarasi aset serta akta yang mengawal selia parti-parti politik.

DAP sedia bincang, sokong Akta Pendanaan Politik - Anthony Loke
DAP tidak pernah menentang cubaan untuk mengadakan Akta Pendanaan Politik, kata Anthony Loke.

Segerakan konsultasi Akta Pendanaan Politik rentas parti
Pendanaan politik tanpa peraturan dan kawalan akan mewujudkan risiko tinggi berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Jawatankuasa peringkat Parlimen perlu untuk segerakan Akta Pendanaan Politik - Ahmad Maslan
Satu jawatankuasa peringkat Parlimen perlu dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Saya jadi mangsa dana politik yang tidak diaktakan - Ahmad Maslan
Draf akta berkenaan perlu dibentangkan semula oleh pihak berkaitan bagi mendapatkan maklum balas yang terkini.