KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mewajibkan setiap pemain industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk penempatan latihan industri (OJT).
Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk Sri Ganes memberitahu, ketika ini industri dilihat lebih mengutamakan pelajar universiti berbanding TVET.
"Dalam pembelajaran TVET, ia dilihat dari segi beberapa tahap di mana tahap satu selalunya diabaikan kerana tidak lagi relevan kepada industri pada ketika ini.
"Bermula dengan tahap dua kemudian ke tahap tiga dan seterusnya. Namun apabila sampai ke tahap tertinggi, pelajar-pelajar ini (TVET) perlu menjalani latihan OJT supaya melengkapkan komponen pembelajarannya.
"Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada teori dan peperiksaan sahaja, mereka perlu menjalani latihan industri bagi mengiktiraf dan menguji kebolehkan masing-masing.
"Namun disebabkan tidak wajib (kerajaan) pemain industri lebih gemar mengambil pelajar universiti, jadi bila pelajar TVET akan diberi peluang?" soalnya dalam AWANI Pagi di sini, pada Jumaat.
Sementara itu, menyentuh mengenai program-program khas seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu program latihan berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dan pembelajaran di institusi, bayaran yang diberi amat rendah.
"Pemain industri beranggapan dengan bayaran RM200 hingga RM300 bagi setiap graduan TVET untuk membuat persijilan atau OJT adalah tidak berbaloi dengan peralatan dan tenaga mahir yang jauh lebih tinggi kosnya.
"Justeru saya meminta kerajaan untuk melihat perkara ini untuk pertimbangan," ujarnya.
Dalam pada itu, Sri Ganes yang juga Pengerusi SG Education Group Berhad memberitahu, graduan TVET
khususnya dalam bidang berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan dron mendahului graduan bidang lain berikutan kebolehpasaran yang tinggi.
Beliau menyifatkan TVET sebagai satu 'kuasa baharu' yang mampu melahirkan tenaga mahir serta menjana keuntungan berlipat ganda kepada negara.
"Perkembangan terkini, melalui dron dan EV di dalam TVET boleh menjana pendapatan yang tinggi dan high impact programme," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Sri Ganes memberitahu, kursus pendidikan dron dilihat bukan sahaja semakin popular malah ada individu yang mahu menjadikan dron sebagai sebuah prospek kerjaya baharu.
Katanya, kemunculan dron ini sudah banyak memberi manfaat di dalam kehidupan seharian termasuk bidang penerbangan, hiburan, pertanian, perubatan, industri pembinaan sehinggalah ke pertahanan dan ketenteraan awam.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pendidikan EV pula mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.
"Pendidikan yang bersifat mikro itu telah membentuk tenaga mahir dari sudut penghasilan Bateri, produk yang berasaskan bateri, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan bateri, pelupusan bateri dan juga material pembinaan kereta EV," ujarnya.
Astro Awani
Fri Jan 26 2024
![Kerajaan digesa wajibkan industri ambil pelajar TVET untuk OJT - Sri Ganes Kerajaan digesa wajibkan industri ambil pelajar TVET untuk OJT - Sri Ganes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706244338_TBSriGanesjpg.jpg)
Sri Ganes memberitahu, ketika ini industri dilihat lebih mengutamakan pengambilan pelajar universiti berbanding TVET untuk menjalani OJT. - Gambar SGC
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739009435_FahmiFadzil.jpg)
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
![PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735639284_jaykhairil.jpg)
PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.
![Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716505086_WilliamNg.jpg)
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
![Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734577678_FundingSocieties.jpg)
Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund
Setiap tahun, purata pelaburan langsung Jepun di rantau ASEAN dianggarkan berjumlah kira-kira RM83 bilion.
![MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733413088_AmirHamzahAzizan.jpg)
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
![Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732963581_maybank.jpg)
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.
![PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
![Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732206287_gindustri.jpg)
Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.
![Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731284817_TBparlimen.jpg)
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.
![SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730968446_TBSIBS.jpg)
SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.