KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran agar menaikkan syarat minimum gaji Elaun Pekerja Cacat (EPC) selaras dengan kenaikan Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) baru-baru ini.
Senator Ras Adiba Radzi berkata buat masa ini EPC hanya layak dipohon mereka yang berpendapatan bawah RM1,200 sedangkan Had Pendapatan GPK Nasional yang baharu disemak pada Julai lalu adalah RM2,208.
"Walaupun mereka berpendapatan lebih RM1,200 tetapi masih perlu menanggung kos perubatan, sara hidup, pengangkutan serta teknologi bantuan yang tinggi.
"Bagaimana pula keadaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di bandar yang menanggung kos sara hidup begitu tinggi seperti sewa bilik atau rumah, harga makanan, dan seumpamanya?
"Jadi tiba masanya untuk kerajaan menaikkan syarat minimum gaji bagi EPC selaras dengan kenaikan PGK," katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Selain itu, beliau turut mengharapkan agar kerajaan dapat menaikkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat warga OKU kepada RM1,000 di seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu.
Menurutnya, berdasarkan keadaan ekonomi negara dan kos sara hidup tinggi ketika ini, bantuan bulanan itu amat penting bagi warga OKU.
Pada masa yang sama, beliau berkata sudah sampai masanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan khusus buat OKU.
"Penguatkuasaan yang serius seperti denda maksimum sehingga RM500 dan saman jika menyalahguna parkir khas OKU, amat perlu. Denda dan penalti seperti ini sudah lama dilaksanakan di negara luar seperti Australia dan Ireland," katanya.
Sementara itu, ketika sesi sidang media, Ras Adiba berkata beliau berharap Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta OKU 2008 akan dibawa pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang sebagai usaha membela golongan OKU serta memantapkan penguatkuasaan undang-undang.
"Saya harap KPKT bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta OKU 2008 supaya penguatkuasaan ketat dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Buat masa ini EPC hanya layak dipohon mereka yang berpendapatan bawah RM1,200. -Gambar fail
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Keperitan hidup Fendy Caliph Buskers dapat perhatian kerajaan
"Kalau saya celik sudah tentu saya buat Foodpanda atau Grabfood," kata Fendy Caliph Buskers.
KPWKM kaji terminologi didakwa menyinggung perasaan, sensitiviti
KPWKM memohon maaf sekiranya terminologi Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang telah digunakan sejak 1970-an menyinggung perasaan dan sensitiviti golongan tertentu.
OKU harap EPC dan bantuan am dinaikkan dalam Bajet 2015
Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia Senator Bathmavathi Krishnan berkata kenaikan ini sangat diperlukan selaras kenaikan kos sara hidup ketika ini.