KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mengambil tindakan lebih proaktif dalam memberi kesedaran dan pengetahuan awal kepada kanak-kanak mengenai keburukan penyalahgunaan dadah.
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Jamelah A Bakar berkata, usaha ke arah itu tidak cukup dengan hanya gerak kerja oleh badan bukan kerajaan (NGO).
"Pemadam sendiri ada anjurkan program pencegahan dadah di sekolah, tetapi kita ni NGO, kerajaan harus ke hadapan...orang politik harus ambil tahu tentang masalah (dadah di dalam) negara kita sebelum ia terus merebak lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Persembahan Pertukaran Budaya Tarian Malaysia-China anjuran Pemadam dengan kerjasama Nixon International Humanitarian Organisation (NIHO) dan Sky Dance Studio di sini, Sabtu malam.
Jamelah berkata, program berkenaan adalah antara pendekatan baharu Pemadam untuk merapatkan diri dengan kanak-kanak dan dalam masa sama memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai keburukan dadah.
Seramai 31 kanak-kanak merangkumi 13 daripada beberapa sekolah rendah tempatan dan 18 lagi dari China terlibat dalam persembahan tarian itu yang bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali latar belakang kesenian dan kebudayaan kedua-dua negara. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Usaha memberi kesedaran tentang keburukan najis dadah tidak cukup dengan hanya gerak kerja oleh badan bukan kerajaan (NGO). - Gambar hiasan
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
Masih ada berdegil, guna peranti penstriman tidak sah di premis perniagaan
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan peranti penstriman tidak sah yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran.
Pelitup muka jadi sampah baharu, makin banyak dibuang merata
Akibat kurang kesedaran sivik, segelintir rakyat Malaysia kini bebas membuang pelitup muka di merata-rata tempat.
Replika 'pocong' diusung sebagai peringatan bahaya COVID-19
Replika yang dibalut kain kafan berupa pocong dengan tulisan 'Korban COVID-19' itu ditonjolkan di khalayak awam bagi menyedarkan masyarakat tentang bahaya COVID-19, terutamanya di pasar awam.
Peladang, pekebun perlu ada sijil MSPO, kukuhkan industri minyak sawit - Teresa
Rancangan kerajaan dalam memastikan kualiti serta mutu minyak sawit negara berada pada tahap terbaik.
Kerajaan bakal laksana kempen kesedaran penggera kebakaran
Kempen kesedaran mengenai kepentingan sistem pengesan asap akan dilakukan di seluruh negara bagi memastikan kes kebakaran melibatkan kediaman dapat dikurangkan.