KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata industri itu berperanan penting dalam fasa pemulihan ekonomi negara, khususnya melibatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
"Memang industri francais ini sangat kerajaan galakkan supaya (peniaga) diberi peluang dan ruang dalam industri perniagaan (francais). Harapan kerajaan adalah besar kerana kita nampak potensi industri ini sangat besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM2022) ke-29 di sini hari ini.
Selain itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan inisiatif francais mampu milik dan francais mikro bagi membantu golongan B40 dan M40 yang berminat menceburi bidang perniagaan itu.
FIM2022 yang bermula hari ini hingga Sabtu ini dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama KPDNHEP serta disokong oleh badan francais antarabangsa seperti Majlis Francais Dunia (WFC), Persekutuan Francais Asia Pasifik (APFC) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Program itu menampilkan hampir 100 pempamer pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa melibatkan sembilan negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
Bertemakan 'Rebuilding Growth, Spurring Excellence', FIM menyediakan 150 ruang pameran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta jangkaan 14,000 pengunjung dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM450 juta.
Sementara itu, Pengerusi MFA Datuk Radzali Hassan dalam ucapan aluannya berkata FIM2022 berperanan penting sebagai wadah untuk penggiat industri francais serta bakal usahawan francais dari dalam dan luar negara berkumpul, sekali gus mewujudkan ruang intelek dan sesi perbincangan yang aktif.
"Ia juga merupakan platform terbaik buat masyarakat untuk menerokai peluang pekerjaan melalui francais seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata MFA dengan kerjasama KPDNHEP akan terus meningkatkan usaha dalam menggalakkan lebih banyak usahawan untuk menceburi perniagaan francais.
Katanya, aktiviti menyebar luas pengetahuan mengenai perniagaan francais kepada orang ramai turut giat dijalankan secara konsisten.
"Justeru, penganjuran persidangan francais sempena FIM2022 kali ini juga menzahirkan inisiatif MFA dan kementerian dalam membantu usahawan untuk memulakan, membangunkan serta mengekalkan daya saing perniagaan francais mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

Nanta menghadiri Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM2022) ke-29 di sini hari ini. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.