KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan pelawat asing.
Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan pada Rabu, yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.
Dasar baharu itu juga tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menurut pekililing itu ketetapan baharu itu meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.
"Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis adalah dengan ini dibatalkan," menurut pekeliling itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini dan berharap pengisytiharan tersebut dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan semua masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sukan SEA 2023: Batik pilihan kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan rasmi
Busana batik yang bakal dipakai kontinjen negara bercirikan warna terdapat dalam Jalur Gemilang.

Kerajaan galak pegawai perkhidmatan awam pakai batik setiap Khamis
Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis.