KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menggubal undang-undang khusus mengenai buli siber bagi menangani masalah itu yang semakin meruncing, kata Naib Presiden Kanan Outreach dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia Lt Kol (B) Mustaffa Ahmad.
Mustaffa berkata dengan adanya undang-undang khusus tersebut, proses pendakwaan berkaitan buli siber tidak lagi perlu berpandukan akta-akta lain termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian) seperti sebelum ini.
"Buli siber kini berlaku dengan teruk sekali, pada 2020 CyberSecurity menerima 596 laporan buli siber atau gangguan jelik berbanding 201 laporan pada 2019. Bagi 2021 pula, setakat Julai lepas sebanyak 267 laporan telah diterima," katanya ketika menjadi panel program bicara etika siber Trolling: Sindiran atau Sandaran anjuran CyberSecurity Malaysia yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube pada Sabtu.
CyberSecurity Malaysia merupakan sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Mustaffa berkata masyarakat juga perlu mempunyai kawalan kendiri seperti mempunyai sifat kesopanan, empati kepada orang lain serta memahami konsep 'jejak digital' dalam menangani isu buli siber dan tidak bergantung kepada undang-undang semata-mata.
"Jejak digital atau 'digital footprint' adalah satu jejak yang ditinggalkan oleh setiap pengguna setiap kali melayari Internet, jadi berwaspada dengan apa yang anda layari kerana semuanya diketahui dan ia juga boleh dijadikan sebagai 'modal' untuk membuli anda," katanya.
Buli siber bermaksud apa-apa tindakan yang sengaja dilakukan oleh individu atau entiti melalui komunikasi digital dengan tujuan atau niat untuk menyebabkan gangguan, kebimbangan, kesusahan, fizikal, psikologi, ekonomi, akademik atau bahaya-bahaya lain yang mengakibatkan bahaya, gangguan, kebimbangan dan kesusahan kepada mangsa.
Antara jenis buli siber dan gangguan jelik sering kali diterima adalah ugutan untuk menyebarkan video, profil palsu, mesej yang mengganggu, penyebaran maklumat palsu atau fitnah serta komen yang mengejek atau mengutuk.
"Jika terdapat gangguan siber, anda dinasihatkan melaporkan kepada pihak polis, tangkap layar gangguan yang diterima, lakukan ketetapan 'privasi' dalam media sosial, berkongsi dengan orang yang dipercayai dan jangan balas atau memberi respons kepada orang yang membuli anda," katanya.
Sementara itu, Ketua Kluster Penyelidikan ICT dan Islam Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Mohamad Fauzan Noordin berkata bagi membendung masalah buli siber, masyarakat terutama umat Islam seharusnya berpandukan apa yang telah diajar di dalam al-Quran.
"Saya mengambil contoh dalam suruh al-Hujurat terdapat pelbagai pesanan antaranya 'fa ashlihu' iaitu berdamai sesama sendiri, 'la yaghtab' iaitu tidak mengumpat antara satu sama lain serta 'fatabbayyanu' iaitu menyiasat dahulu sesuatu berita yang diterima," katanya.
Selain PDRM, laporan mengenai buli siber juga boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), talian kasih 15999, Mercy Malaysia, talian befrienders, platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain serta melalui cyber999.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021

Jejak digital atau 'digital footprint' adalah satu jejak yang ditinggalkan oleh setiap pengguna setiap kali melayari Internet. -Gambar hiasan/REUTERS

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.

Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.

Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.

Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.

Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.